Menurut Malay Mail, seorang wanita warganegara Thailand cuba melarikan diri apabila terdapat sekatan jalan raya di Rantau Panjang. Lantaran itu, polis bertugas terus menaiki motor untuk mengejar wanita itu.
Salah satu sumber memberitahu bahawa polis itu berjaya menahan wanita terbabit di bahu jalan untuk melakukan pemeriksaan lanjut. Bukan sahaja memeriksa dokumen, polis turut memeriksa bahagian dalam kereta wanita tersebut selain melakukan pemeriksaan fizikal ke atasnya. Polis itu juga menanyakan berapa yang boleh dibayar supaya dapat melepaskan wanita itu. Kerana takut, wanita itu telah menawarkan RM50 tetapi polis itu mengatakan bahawa ia tidak cukup. Suspek kemudiannya menyuruh wanita itu menciumnya tapi apabila ditolak, suspek mengangkat baju wanita itu dan menghisap payudara wanita itu selama lima minit tanpa kerelannya sebelum beredar.
Wanita itu terus melaporkan perkara ini di Balai Polis Rantau Panjang pada hari sama sebelum anggota menahan suspek lelaki berusia 25 tahun dan telah berkhidmat sebagai pegawai polis selama tiga tahun. Walaupun tiada kenyataan rasmi, kes ini sedang disiasat dibawah akta mencabul dengan niat jahat ke atas seseorang dan memeras ugut. Harap lelaki terbabit mendapat balasan setimpal. - CARI
|
johan-adx replied at 24-5-2019 11:29 AM
nak cium boleh tolak..tp isap tek takkan tak tolak..smp bole nyot nyot lama
ADVERTISEMENT