Sepanjang bulan Ramadan ini, banyak gerai menjual makanan seperti pasar atau bazar yang menawarkan pelbagai juadah istimewa untuk berbuka. Sebahagiannya dikendalikan oleh mereka yang sudah pun mahir dalam penyediaan makanan, tidak kurang juga oleh peniaga muda yang baru berjinak-jinak berniaga untuk mencari pendapatan tambahan.
Kita sebagai pengguna perlu bijak memilih gerai terbaik yang kita yakini menyediakan makanan sebagai juadah yang bersih dan selamat untuk dimakan. Memilih juadah yang tertup dan bersih amat penting kerana saban tahun, terdapat kes-kes keracun-an yang berkaitan dengan makanan dan minuman dilaporkan. Isu keracunan makanan adalah satu isu yang serius. Walaupun sesetengah orang merasakan ia perkara biasa tetapi sebenarnya boleh membawa maut. Berikut adalah beberapa jawapan dari Pakar Gastroenterologi dari Hospital Pantai Sungai Petani, Dr
Azril Haris Yafee, mengenai tanda-tanda keracunan makanan dan jenis juadah yang boleh dielakkan untuk menangani masalah keracunan makanan berlaku.
1. Pada pandangan Dr. apakah antara makanan yang dijual di bazar Ramadan yang mudah terdedah kepada punca kepada keracunan makanan? Mengapa? Jenis makanan yang mudah rosak seperti makanan bersusu seperti keju, yogurt, pencuci mulut (pudding), makanan bersantan seperti kuih-muih tempatan, makanan laut, jenis-jenis kerabu dan makanan yang dimasak awal lebih daripada 4 jam. Bukan itu sahaja, makanan yang terdedah tidak ditutup dan yang tidak dikendalikan dengan cara yang betul mudah dihinggapi lalat dan menyebabkan tercemar. Cara penyediaan atau penyimpanan yang bersih oleh pengendali makanan juga adalah peranan utama dalam mengelakkan masalah keracunan makanan dari berlaku. 2. Apakah antara simptom yang menunjukkan seseorang itu telah terkena keracunan makanan? Antara simptom-simptom seseorang itu mengalami keracunan makanan adalah dengan ada gejala berikut : -Loya dan muntah -Cirit-birit berulang kali -Sakit perut atau sakit pada bahagian abdomen -Demam dan pening kepala kepada sesetengah orang. Jika terdapat 2 atau lebih tanda-tanda diatas, anda telah mengalami keracunan makanan dan segera dapatkan rawatan dari klinik atau hospital yang berhampiran. Kebiasaannya, pesakit itu mungkin akan mengalami rasa loya, cirit-birit, muntah-muntah, sakit perut, berpeluh atau demam, sakit kepala dan keletihan. Oleh itu, pemilihan premis makanan yang bersih dan selamat amat penting bagi mengelakkan keracunan makanan. 3. Jika mempunyai simptom keracunan makanan, apakah tindakan awal sepatutnya dilakukan di rumah terutamanya bagi mengelakkan dehidrasi sementara mendapatkan rawatan di hospital? Tindakan awal adalah pesakit perlu terus minum air untuk membantu menggantikan air yang telah kurang dalam badan. Air isotonik juga boleh diambil. Bagi yang berpuasa, dinasihati untuk berbuka, takut ia akan lebih memudaratkan kesihatan badan. Terus dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran. Makanan berbungkus mempunyai julat masa selamat dimakan bergantung pada tempoh bila ia disediakan (sedia dimasak), bagaimana dibungkus, kebersihan dalam proses penyediaan dan pembungkusan serta aspek bekas dan suhu penyimpanan. Secara umum, sekiranya makanan yang dibeli itu dibungkus untuk dibawa pulang, ia perlulah segera dimakan dalam tempoh kurang empat jam selepas dibungkus. Bagaimanapun, tempoh itu bergantung pula bila makanan itu telah siap dimasak. Sentiasa menjaga kebersihan dan pilihlah makanan dan minuman dihidangkan dalam bekas yang sesuai, bersih dan bertutup. Ini termasuklah pengendali makanan dan semua orang yang terlibat dalam penyediaan makanan dari mula hinggalah makanan itu diambil atau dimakan. - CARI |
Artemesiaa replied at 23-5-2019 04:37 PM
Beli je dari peniaga yang hari2 meniaga diluar bulan ramadhan. Kurang2 dah tahu kualiti dan tahap k ...
ADVERTISEMENT