CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Umpan Budak Dengan Aiskrim Sebelum Bunuh, Sumbat Mayat Dalam Guni Beras

23-5-2019 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4880| Komen: 15

Kejam, mayat kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dibunuh, disumbat suspek di dalam guni beras.



Memetik Mirror, jirannya yang menjadi suspek utama insiden itu ditahan selepas disyaki mengumpan kanak-kanak terbabit dengan aiskrim untuk mengikuti lelaki berkenaan ke rumahnya sebelum membunuh mangsa.

Pada Ahad lalu, keluarga mangsa yang menetap di Santa Cruz, Filipina membuat laporan kehilangan kanak-kanak berkenaan yang tidak didedahkan namanya.


Ibu mangsa

Sebelum mayatnya ditemui, kanak-kanak berkenaan dilihat bermain di luar rumahnya. Menurut saksi, mereka melihat mangsa mengikuti Glenn Ford Manzanero, 30, selepas dijanjikan aiskrim, kata jurucakap polis, Armie Agbuya.


Tambahnya, mayat mangsa ditemui di dalam guni beras oleh salah seorang ahli keluarga suspek. Selepas ditanya mengenai isi guni berkenaan, Manzanero mengakui 'ada budak di dalamnya'.

"Suspek mengumpan mangsa dengan mais-con-yelo, sejenis pencuci mulut dan kanak-kanak itu mengikutinya kerana mengenali lelaki itu sebagai jirannya," kata Agbuya.


Kredit foto: Mirror/AsiaWire

Hasil siasatan awal, polis percaya suspek membunuh mangsa menggunakan sebilah pisau tajam dan sebatang pemutar skru.

Suspek ditahan sebaik membuat pengakuan pembunuhan itu, namun mengakui tidak tahu apa yang dilakukannya ketika kejadian kerana berada di bawah pengaruh dadah selain menafikan tuduhan melakukan serangan seksual terhadap mangsa.

Mayat mangsa di bawa ke hospital untuk dibedah siasat dan siasatan masih diteruskan. - CARI
1

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • PENCINTA_DIRIMU

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 23-5-2019 12:16 PM
takut nya berjiran dgn org giler dadah ni
Quote SherryZass 23-5-2019 12:28 PM
Gila. Ingat nyamuk ke senang2 nak bunuh2.
Quote EvieWanKenobi 23-5-2019 12:35 PM
ikut orang kenal pun tak selamat..
Quote PENCINTA_DIRIMU 23-5-2019 02:14 PM
Sebab tu la kita tak boleh hisap dadah, kesian kat adik tu jadi mangsa..
Quote manehnya 23-5-2019 02:54 PM
berita mcm ni buat aku depression
Quote ninjago 23-5-2019 02:57 PM
jauhi dadah.. perosak keluarga, perosak bangsa, perosak negara.


ini mungkin kes yg ke berapa billion la berkaitan tindakan tak waras org amik dadah nie
Quote leylapple 23-5-2019 02:58 PM
sebab mcm nie lah Duterte bunuh terus jer pengedar dan penagih dadah di filifina...

kalau tak bunuh diorang, diorang bunuh mangsa yg tak bersalah. budak2 pun dibunuh nya...

Quote Artemesiaa 23-5-2019 04:30 PM
Dek perangai gila si penagih tak pasal2 orang lain hilang anak
Quote puteribaya 23-5-2019 04:44 PM
leylapple replied at 23-5-2019 02:58 PM
sebab mcm nie lah Duterte bunuh terus jer pengedar dan penagih dadah di filifina...

kalau tak bun ...

sokong..bertahun2 kita dihantui taik2 dadah ni..bilakah akan berakhir korban2 tak berdosa..tiada kesudahan
Quote nononcrux 24-5-2019 09:10 AM
kenapa mesti budak jadi mangsa.. ape yang disasarkan dgn budak umur segitu.. ngerinye
sedih
Quote orgsepang 24-5-2019 09:24 AM
Dadah musuh negara jadi atas sebab apa menteri 'bijak' negara ini nak selamatkan pengedar dadah di singapura tu?
Quote Ali_x 26-5-2019 06:29 PM
Dah ckp dadah tu bahaya..ehhh..di buat juga
Quote ikanmasin 26-5-2019 08:11 PM
kerana dadah anak org yg jd mangsa..
Quote Pink_Purple 26-5-2019 08:16 PM
mabuk dadah, membunuh pun xrasa bersalah
Quote sitikal 26-5-2019 08:17 PM
normal, kafir

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.068769 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top