CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bersekedudukan Dengan Teman Lelaki, Mengaku Dah Kahwin. Instafamous Kena 'Cop' Anak Derhaka

23-5-2019 09:35 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 47035| Komen: 140|Original author: Oleh: intan


Menjadi insan yang popular di media sosial seperti instagram bukanlah perkara yang mudah. Setiap gerak - geri dan perbuatan instafamous ini pasti menjadi ikutan dan inspirasi kepada netizen di luar sana. Sama juga kalau insan insan terpilih tersebut membuat kesalahan atau tersilap langkah, pasti akan menjadi cemuhan dan tular di media sosial.

Semalam kecoh di Twitter apabila seorang individu mendakwa seorang instafamous telah menipu bahawa dirinya telah berkahwin tetapi sebenarnya selama ini hanyalah bersekedudukan dengan teman lelaki beliau. Menurut individu tersebut, @esyaatiqahh yang mempunyai pengikut hampir 100 ribu di instagram , pengakuan bahawa Esya tidak pernah berkahwin datang sendiri daripada ibu instafamous tersebut.



Pembongkaran sisi gelap instafamous tersebut juga telah disokong oleh seorang pengguna twitter yang lain. Punca utama pendedahan ini dilakukan kerana netizen prihatin dan merasa kasihan terhadap ibu instafamous yang merayu supaya anaknya pulang dan kembali ke pangkuan keluarga. Selain itu, mereka juga ingin mendedahkan mengenai pemalsuan perkahwinan dan untuk menghalang supaya kemungkaran daripada terus berlaku.

Anak derhaka?
Rupanya terdapat kisah lain pula telah diceritakan oleh empunya tuan badan sendiri. Menurut Esya, dia sebenarnya telah berkahwin dan telah memuat naik kad kahwinnya di instagram. Mengenai isu dengan ibunya, dia mendakwa telah didera secara emosi dan fizikal kerana ibu kandungya tidak dapat menerima teman lelaki beliau yang miskin pada ketika itu. Menurutnya lagi, kes telah pun sampai ke pengetahuan polis tapi tiada tindakan kerana dia kesiankan ibunya kerana jika Esya membuat laporan, ibunya terpaksa dipenjarakan.

Macam - macam hal..
Netizen yang mengikuti kisah ini ternyata terkejut mengenai pendedahan bahawa instafamous ini sebenarnya belum berkahwin. Rata-rata memberi komen mengenai tindakan undang-undang wajar dilakukan jika perkara ini benar-benar terjadi.

Laki bini pun tak sweet macam ni

Seram betul kalau beginilah realiti remaja kita pada masa kini. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya, renung-renungkan dan selamat beramal. -CARI

Bagus
2

Marah
4

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HujanBatuTiga 23-5-2019 10:11 AM
Pggil mak sendiri ‘kau’??
Agungkan bf lebih dr family sendiri.. hmmm
Quote Kurex 23-5-2019 10:12 AM
Masa bercinta segalanya indah..
Quote fushimi 23-5-2019 10:17 AM
takpe la sis ko just sonok sonok

kawin tak kawin belakang kira

esok esok  bila ko dah tua jangan merempan tau
Quote Bunggah 23-5-2019 10:23 AM
Ada juga mak mcm ni. Sendiri lalui baru tau. Takpayah masuk campur hal keluarga org. Lebih baik jaga famili sendiri. Jgn perangai keturunan ni berulang kat famili sendiri.
Quote umbut 23-5-2019 10:23 AM
Jap bertudung jap free hair..
Quote eyansss 23-5-2019 10:24 AM
ada sebab mak ko halang ko kawen dengan jantan tu...  tengok sekarang apa jadi?

dia ni ke yang kembar tipu result tu?  ke oranglain?
Quote leylapple 23-5-2019 10:34 AM
why nak tipu kata dah kawin?

selalu org menipu dah kawin tapi kata tak kawin

baru up saham
Quote prettyuglybabe 23-5-2019 10:42 AM
apa yang buatkan dia jadi instafamous?
Quote kucingitam 23-5-2019 10:48 AM
jangan keluar berita kena kelar dah la ye dik.. hmm..kejam sgt ke aku ckp gitu?
Quote RatuDunia94 23-5-2019 10:51 AM
Edited by RatuDunia94 at 23-5-2019 10:52 AM

Selalunya kan apa2 tindakan masa kita muda kita rasa dh betul.. tp bila kita dh meningkat dewasa kita akan fikir balik apa yg kita buat tu sebenarnya x betul dan byk lg cara utk selesaikan masalah. Mostly umur2 muda mcm tu lbh kpd mengikut emosi n nafsu.
Quote haryatie 23-5-2019 10:56 AM
serammnya
kalau mak sendiri pun da ckp x tahu nk doa yg baik2 dah
bulan2 posa bawak2 la insaf
seronok@enjoy tu  x sampai ke mana pun
Quote tagas 23-5-2019 11:08 AM
teringat tazkirah mlm jumaat oasis sempena hari ibu

setazah tu ckp jgn sesekali melwn ibu

doa seorg ibu tiada hijab terus makbul

jg main2
Quote MFR_IN 23-5-2019 11:17 AM
dia ni femes sebb apa ek???
Quote ahlisihircute 23-5-2019 11:30 AM
Tunjuk jelah kad or sijil nikah.....
Duk tulis panjang lebar pasal mak ko...proof dah kawen X de Pon...
Quote TalibanRock 23-5-2019 11:34 AM
eyansss replied at 23-5-2019 10:24 AM
ada sebab mak ko halang ko kawen dengan jantan tu...  tengok sekarang apa jadi?

dia ni ke yang ke ...

yang kembar 7G SPM tu ker?kl yg tu bukan la..ni org lain...yg kembar tu skrg pe citer..hari tu ade tgk salah sorang duk live fb main pabji & mobail lejen.
Quote immaryjane 23-5-2019 11:45 AM
eyansss replied at 23-5-2019 10:24 AM
ada sebab mak ko halang ko kawen dengan jantan tu...  tengok sekarang apa jadi?

dia ni ke yang ke ...

Explain itu explain ini tapi mana gambar nikah nye. Bergesel berkiss2 boleh show off tak kn gmbr nikah sekeping pun tak amik ye dop.
Tnjuk gmbr tu, senyap la smua org. Ni gigih buat essay pnjang2 nk nmpk dia betul.
Quote eyansss 23-5-2019 11:46 AM
TalibanRock replied at 23-5-2019 11:34 AM
yang kembar 7G SPM tu ker?kl yg tu bukan la..ni org lain...yg kembar tu skrg pe citer..hari tu ade ...

lain eh...  hahaha...  aku ni dok pukul rata semua...  sebab banyak sangat instafamous yang tak meninggalkan kesan dan impact sampai aku rasa semua sama...

budak ni kalau betul la cerita dia, sila tunjuk bukti...  yang paling utama, bukti sijil nikah...
Quote immaryjane 23-5-2019 11:46 AM
ahlisihircute replied at 23-5-2019 11:30 AM
Tunjuk jelah kad or sijil nikah.....
Duk tulis panjang lebar pasal mak ko...proof dah kawen X de Po ...

Dia tnjuk sijil nikah konon nye, kantoi tu sijil bende lain. Cerai ke ape nth
Quote eyansss 23-5-2019 11:48 AM
tagas replied at 23-5-2019 11:08 AM
teringat tazkirah mlm jumaat oasis sempena hari ibu

setazah tu ckp jgn sesekali melwn ibu

dia lupa apa jadi kat exbf datin eina tu...  lupa dah nama dia...  terus melingkup career...

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.048248 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top