Kita boleh menahan lapar selama berbelas jam, tetapi untuk menahan dahaga adalah sesuatu yang cukup sukar dilakukan. Kurangnya pengambilan air menyebabkan tubuh badan kita tidak dapat berfungsi dengan baik dan kekurangan oksigen yang disalurkan ke otak.
Namun, pada bulan Ramadan kekurangan air dan dihidrasi adalah sesuatu yang sering berlaku dalam masyarakat terutamanya kepada mereka yang sudah terbiasa mengamalkan pengambilan air secukupnya. Disebabkan itu, ramai jugalah yang menjadi lemau dan tidak aktif dengan alasan risau jika rasa dahaga menyerang. Sebenarnya, ada tip tau untuk kurangkan rasa dahaga semasa berpuasa. Nak tahu apa dia? Jom teruskan membaca. 1. Banyakkan makan buah-buahan
Cara ini sangat mudah untuk mereka yang merasakan adalah sukar untuk mengambil kuantiti air yang banyak dalam satu masa. Apa kata tukarkan kepada buah-buahan yang tinggi peratusan airnya seperti tembikai, timun dan anggur semasa berbuka dan bersahur. Kalau rasa tidak lalu, anda boleh mengisar buahan tersebut untuk dijadikan jus. Pengambilan buah-buahan bukan sahaja baik untuk kesihatan kulit tetapi memberikan tenaga kerana kaya dengan kandungan vitamin dan serat. Apabila anda amalkan pemakanan ini, pastinya anda akan rasai kelainan. Tak percaya? Cubalah. 2. Minum air semasa imsak Jika anda adalah jenis yang bangun sahur pada waktu awal pagi, amalkan minum air semasa menjelangnya waktu imsak. Ini adalah penting supaya badan dapat menyimpan air dalam jangka masa yang lama. Tinggalkan minuman bergula dan berkafein sepanjang Ramadan kerana dua minuman tersebut boleh menyebabkan anda mengeluarkan air dari badan melalui saluran kencing. Pastikan minum walupun segelas. 3. Yogurt Selain daripada makan begitu sahaja, anda juga boleh memvariasikan makan yogurt dengan cara menjadikan ia sebagai dressing kepada salad, menjadikannya sebagai minuman dan dimakan bersama buah-buahan segar. Variasi penting supaya anda tidak merasa bosan dengan pemakanan yogurt yang sama. Bagaimana pun cara anda makan yogurt, khasiatnya tetap sama. Kalau anda nak tahu, makan yogurt juga mampu mengatasi masalah nafas berbau. Bulan Ramadan inilah ramai yang alami masalah ini kan? Apa kata makan yogurt? Selesai masalah anda. Foto Carian internet Mudah sahaja tip ini. Kalau anda ikut dengan betul, anda bukan sahaja boleh menahan rasa lapar tetapi rasa dahaga walaupun aktif melakukan aktiviti seharian. Dah besar, takkan masih tak mampu tahan kot. Selamat mencuba! - CARI Sumber: MStar
|
ADVERTISEMENT