CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipaksa Tinggal Rumah Mentua, Wanita Bunuh Diri Terjun Dari Kereta Api

21-5-2019 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3941| Komen: 12|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang wanita maut selepas bertindak terjun dari kereta api yang sedang bergerak.

Gayatri Jaiswal disahkan mati di tempat kejadian, sementara bayinya yang berusia lapan bulan mengalami kecederaan ringan.


India Today melaporkan, suami wanita berusia 24 tahun itu sendiri buntu dengan tindakan isterinya.

Foto: India Today
Sushil menyatakan, "Saya tak tahu apa yang menyebabkan dia ambil tindakan ini. Saya bercadang bawa dia naik kapal terbang, kini ia tinggal impian sahaja.

Polis menyatakan wanita itu tidak berpuas hati kerana terpaksa tinggal di rumah keluarga mentua.

Malah sebenarnya dia mahu tinggal berasingan dengan suami dan anak.


Bagaimanapun motif sebenar masih lagi disiasat. -CARI

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 21-5-2019 06:18 PM
susah nak percaya cakap sebelah pihak..
Quote matbad 21-5-2019 06:41 PM
Ke laki yg tolak??
Tak pun mertua kejam hanat
Quote matchstick 21-5-2019 07:56 PM
Sushil menyatakan, "Saya tak tahu apa yang menyebabkan dia ambil tindakan ini. Saya bercadang bawa dia naik kapal terbang, kini ia tinggal impian sahaja.

Kalau dia naik kapal terbang lg haru di buatnya nk terjun dr atas
Quote ultra78 21-5-2019 07:57 PM
India dan keretapi..
Quote Atata 21-5-2019 08:14 PM
Mesti mentua from hell. Menantu sanggup bunuh diri dari tinggal sama. Wakakkaka
Quote barfi 21-5-2019 10:29 PM
Memang malang bagi wanita India/Pakistan/Nepal/Bangladesh sebab selepas je berkahwin mereka terpaksa hidup dengan keluarga mertua.

Duduk la berhimpit2 dengan segala ipar duai. Masakkan cuci pakaian segala.. dah la sebelum berkahwin terpaksa serve adik beradik keluarga sendiri. Lepas berkahwin kena serve keluarga mertua pula sampai lah meninggal.

Begitulah kitaran hidup mereka.
Sebab tu aku kata malang.
Quote DeeHanania 22-5-2019 07:29 AM
Aduuyaiii ksian lak pada anak kecik tu
Memang tradisi india lepas bkawen duk gan mentua
Hatta slepas salah sorang lakibini mninggal
Kata kawan kita laa lebih makan hati dri happy kata yer
Hadap laa peel seisi kluarga
Quote joy_ah 22-5-2019 04:13 PM
kawan i sekelas memang dari india. dia nak kawen taun depan. i usik dia habisla belajar tinggi2 kena duduk dan serve mak mentua. dia kata bullshit jah
katanya:
yang moden2 duduk bandar memang dah tak duduk sekali dgn mertua. kalau kena duduk dgn mertua, kebanyakan taknak kawen (sekedudukan) atau kawen lambat sampai dorang berdua mampu sewa rumah sendiri.

kes kawan i, bapak dia kaya. so dia mintak bapak dia sediakan rumah untuk dia duduk.
senang dia nak halau laki dia kalau buat hal.


Quote Nurul8001 22-5-2019 07:11 PM
barfi replied at 21-5-2019 10:29 PM
Memang malang bagi wanita India/Pakistan/Nepal/Bangladesh sebab selepas je berkahwin mereka terpaksa ...

Kesian ya.
Dahla hantaran pihak perempuan yg sediakan.


Quote anony-mous 23-5-2019 03:00 AM
I baca dekat iium tajuk psal miskin. This is 1 of the reason kenapa org hina org miskin gamaknya
Quote anony-mous 23-5-2019 03:00 AM
Sbb org miskin mostly menyusahkan kehidupan org lain. Dah xmmpu menyewa xpyh la kahwin
Quote Cpkay 26-7-2019 10:41 AM
mesti mertua mulut jahat

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.212950 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top