Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun cedera ditikam lelaki mabuk di dada dan perut ketika tidur, lapor Asro AWANI. Kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi di Bandar Sungai Long, Kajang, Sabtu lepas, di mana suspek berusia 40 tahun masuk ke rumah mangsa di tingkat tiga selepas mendapati pintu utamanya tidak berkunci.
Berikutan itu, polis menahan suspek di kawasan Batu 9, Cheras pada 3.30 pagi Ahad dan direman enam hari sehingga 24 Mei ini, kata Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof kepada Bernama. Tambahnya, saksi kejadian melihat suspek dalam keadaan mabuk sebelum kejadian. Rakaman litar tertutup juga menunjukkan lelaki itu sedang berkeliaran di kawasan kaki lima kedai berhampiran lokasi kejadian. Difahamkan, hasil siasatan mendapati suspek dalam keadaan mabuk dan bertindak di luar keadaan dengan menikam kanak-kanak terbabit apabila mangsa menjerit selepas melihat suspek berada di dalam biliknya.
Suspek yang melarikan diri dikatakan meninggalkan motosikalnya di hadapan sebuah kedai berhampiran tempat kejadian. Hasil pemeriksaan di lokasi, polis menemui sebilah pisau dan botol arak dipercayai milik suspek. Ahmad Dzaffir berkata, ketika kejadian bapa mangsa, 48, yang tidur di biliknya menyedari kejadian apabila mendengar jeritan anaknya itu. Mangsa dilaporkan kini dirawat di Hospital Kajang. - CARI |
Pink_Purple replied at 21-5-2019 09:09 AM
bodoh, yang xkunci pintu utama tu kenapa..
cuai...
Pink_Purple replied at 21-5-2019 09:09 AM
bodoh, yang xkunci pintu utama tu kenapa..
cuai...
mizz5006 replied at 21-5-2019 09:24 AM
bukan ,i baca dalam fb pintu rumah dah berapa kali dipecahkan.dah tak larat nak dibaiki kot.rumah ...
kenarikelabu replied at 21-5-2019 09:26 AM
Ada jer yg jenis mcm tu. Berkonsepkan 'selagi tak kena, tak apa'.
Pink_Purple replied at 21-5-2019 11:56 AM
katanya rumah dah selalu kena pecah, sampai xlarat nak baiki,,
konsepnya serah kpd takdir la, n ...
dperla replied at 21-5-2019 12:07 PM
dia duduk rumah kedai...pintu bawah xada grill...
ayah dia ada rumah la...lepas ayah dia dengar ...
Pink_Purple replied at 21-5-2019 12:13 PM
ok ayah dia ada..mujur ayah ada,cepat bertindak,,
penjahat ni tau pula, lps tikam lari
lolita737 replied at 21-5-2019 12:30 PM
agaknya lepas tikam tu baru tersedar kot..
tu yg takut lari tu..
Pink_Purple replied at 21-5-2019 12:34 PM
bukan kes ni saja..
kes mabuk dadah, yang pukul atau tikam parent pun, sudah buat terus lari,,x ...
lolita737 replied at 21-5-2019 12:44 PM
yer la..di bawah pengaruh kan..
ntah la..biar polis siasat dulu.
ADVERTISEMENT