Mira Filzah berang dengan tindakan seorang lelaki yang menembak seekor monyet gara-gara tidak memanggilnya baby sayang.
Tulisnya, "Ini adalah perkara paling bodoh saya pernah lihat." Lelaki berkenaan melepaskan tembakan menggunakan sepucuk pistol sebelum haiwan tersebut kelihatan terkulai layu. Lelaki kejam tersebut menyatakan, "Lain kali cakap baby sayang. Dia tak nak cakap baby sayang." Bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi kejadian dan nasib monyet tersebut. Menurut Ken, pengguna Twitter yang memuat naik video berkenaan, dia mendapatnya melalui WhatsApp. "Terkejut bila dapat video tu. Saya harap kalau netizen kenal budak tu, tolong 'sekolahkan' sikit," katanya kepada mStar Online. Panggilan Baby Sayang mula dipopularkan oleh Mira Filzah sebelum ini mendapat perhatian dari netizen. Masing-masing mencubanya dengan pasangan masing-masing kerana dianggap sebagai panggilan yang sangat comel dan manja. Tak fasal monyet jadi mangsa! Manusia semakin kejam. -CARI
|
lolita737 replied at 21-5-2019 01:16 PM
ada tengok artis mana ntah kecam pasal benda ni jugak..tp xtau puncanya apa..
hari ni baru tau..
...
Fly_over replied at 21-5-2019 01:24 PM
Kila feri, erni zakri.
Ada vid kt article ats nu..
azwanaliori replied at 21-5-2019 12:29 PM
Semua salah ko tergedik2 xpadan dgn imej muslimah
AbukRokok replied at 21-5-2019 01:57 PM
korang seriesly percaya dia tembak sebab monyet tu xcakap baby shayang ke?
ADVERTISEMENT