Biarpun sudah menjengah ke angka 37 tahun, aura Hero Idaman Malaya masih kekal melekat pada aktor, Remy Ishak. Apatah lagi statusnya yang sudah putus tunang serta lakonannya dalam drama bersiri yang romantik bersama Mira Filzah membuatkan ramai peminat memuja pelakon berkarektor ini. Jadi, apa sahaja momen mengenai Remy akan diabadikan oleh peminatnya terutama generasi baru yang tidak begitu mengenali Remy ketika awal kemunculannya pada 2006 dahulu. Tular sebuah video yang mana peminat perempuannya merakamkan kelibat Remy yang sedang mahu melintas jalan dan jeritan "Oh My God!" dan "Pakcik, sana lah!" kedengaran tatkala Remy melintasi mereka yang sedang berada di dalam kereta. Mungkin mereka juga tidak menyangka yang akan bertemu pelakon terkenal yang tergesa-gesa untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Hal ini membuatkan mereka begitu teruja.
Namun, bagi mereka yang membesar dengan kisah cinta Remy - Umi Nazeera serta Tiz Zaqiah menganggap itu hanyalah drama semata-mata. Dan peminat barunya itu yakni BBNU tidak mengetahui karektor sebenar Remy sendiri. Menurut Fafau, mereka tidak menegur Remy yang sedang sibuk mahu melintas jalan untuk ke masjid. Namun momen itu tetap akan menjadi ingatan kudus buat mereka. Lalu ramailah peminat yang turut memuji kekacakan dan kebaikan Remy yang tidak melupakan kewajipan walaupun sibuk dengan penggambaran. Bagi yang mengetahui kisah berbelas tahun dahulu pula, menyatakan yang peminat sekarang iaitu anak-anak muda hanya memandang Remy yang penuh dengan karisma namun sebenarnya Remy mempunyai kisah silam seperti keganasan terhadap Umi Nazeera serta menelan pil tidur apabila putus cinta dengan Tiz Zaqiah. Bagaimanapun, kisah lama ini telah dikecam oleh segelintir warga net lain yang menganggap aib tidak harus dibuka semula. Manalah tahu, Remy telah berubah perangai lamanya dahulu, jadi apa perlunya membuka kembali cerita lama? Hal ini menyebabkan ada beberapa peminat Remy telah membaca kembali kisah cinta Remy dahulu lalu berbelah bahagi antara untuk terus meminatinya atau tidak. Namun sebenarnya lebih ramai yang menyokong karier seni Remy berbanding membuka aibnya yang lama. Apabila menjadi artis, segala gerak geri akan turut diperhati. Jadi, kisah yang berpuluh tahun pun akan ada yang mengoreknya semula. Namun, jika dilihat akhir-akhir ini, sudah tidak kedengaran lagi cerita negatif mengenai dirinya lalu menjadikan dirinya diminati ramai. 'Fangirling' pada aktor berkarektor adalah normal dan kami berharap Remy akan cepat bertemu jodoh yang serasi! - CARI |
kakakau replied at 21-5-2019 10:55 AM
tapi nape rekyet meleis meminati muka bangla
kakakau replied at 21-5-2019 10:55 AM
tapi nape rekyet meleis meminati muka bangla
annehuda replied at 21-5-2019 11:55 AM
ade kawan aku citer die penah jumpe remy sehak ni face to face. heols wangi noks, dan aura handsome ...
annehuda replied at 21-5-2019 11:55 AM
ade kawan aku citer die penah jumpe remy sehak ni face to face. heols wangi noks, dan aura handsome ...
Sugatae: I pernah jumpa dia kt ib time dia wat teater Natrah. Waduh...walau muka cam bangla kata org, aura dia mmg lain mcm. Mmg boleh cair kalau tak jaga hati ...
Aunty_Acid replied at 21-5-2019 03:48 AM
buleh plk pileh2 retis mana yg buleh dibuka kisah dan yg mana x buleh kisah silam
huntung dia ni x ...
Aunty_Acid replied at 21-5-2019 11:48 AM
buleh plk pileh2 retis mana yg buleh dibuka kisah dan yg mana x buleh kisah silam
huntung dia ni x ...
AbukRokok replied at 21-5-2019 11:45 AM
hari hario makan mamak mengalir dna keling dalam diri
Clarice01 replied at 21-5-2019 04:39 PM
Ramai betul anti remy ni ye..... anyway history remains history. Semua org ada peluang utk berubah k ...
ADVERTISEMENT