Foto Google Awie atau nama sebenarnya Datuk Ahmad Azhar Othman telah dihina dan dikutuk peminat BTS selepas membantah keputusan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu membawa masuk BTS ke Malaysia. Berikutan itu, Edrie Hashim tampil menyelar peminat yang menghina Awie dengan mendakwa mereka masih mentah dan terlalu muda. Tegasnya, semua orang mempunyai pandangan tersendiri mengenai kenyataan yang dikeluarkan Syed Saddiq. "Bagaimanapun, apabila Awie mengeluarkan kenyataan dan pandangannya yang dimuatkan di laman sosial miliknya mengenai isu terbabit, ramai peminat kumpulan BTS yang rata-ratanya masih muda masuk dan mengecam Awie," katanya kepada HMETRO Ini adalah negara demokrasi yang menerapkan kebebasan bersuara, namun itu tidak bermakna mereka (BTS Army) sesuka hati boleh menghina orang yang lebih tua dan berpangkat Datuk seperti Awie. "Perkara itu tidak sepatutnya dilakukan seorang budak kepada orang tua. Rasa hormat mereka langsung tidak ada.. "Cara mereka mengutuk menunjukkan mereka tidak tahu apa yang berlaku dalam industri muzik tempatan. Mereka hanya nampak dan tengok dari mata kasar dan semangat untuk menaikkan nama penggiat muzik tempat langsung tidak ada. Melihat perkembangan ini buat saya sedih," katanya. Menurutnya lagi, sebahagian besar peminat BTS mengutuk Awie sudah "sendu", tidak laku dan tidak ada kerja serta disebabkan itu dia sengaja mengeluarkan kenyataan seperti itu bagi meraih perhatian. "Masalahnya, yang mereka kata begitu adalah Awie yang popularitinya bukan setakat dalam kalangan mereka sekarang saja, tetapi juga zaman ibu bapa mereka. "Mereka boleh kutuk seorang ikon muzik negara. Langsung tak ada rasa hormat atas pencapaian diperoleh Awie," katanya. Semoga peminat BTS di Malaysia bertaubat, tolong kawal perasaan, jangan kerana kumpulan KPOP yang entah apa-apa kita menghina orang lain. - CARI
|
hyie: iols rasa relevan je jemput bts ke blackpink ke sapa...lagi ramai la golongan muda belia yang akan datang...jemput awie peminat dia je la yang datang. ...
September14: Knpa bukan blackpink? Itu je yg aku tau pun ohyeye rampampam pam.. bts tu mcm gay je xyh la kut
bvsf06 replied at 19-5-2019 10:43 AM
One thing for sure, suara awie lg sedap dari keseluruhan bts member
clara_nur replied at 19-5-2019 05:56 PM
setakat ni, me tgk Ramli Sarip jer yg open dan rasional psl jemput BTS ni..
annadonna replied at 19-5-2019 03:10 PM
Entahlah. Salah percaturan syed saddiq tu. Dia harapkan kalau bawa bts masuk malaysia terus semua ...
ADVERTISEMENT