CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makanan Bazar Ramadan Tak Habis, 862 Kg Berjaya Diagihkan

17-5-2019 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5697| Komen: 44

Bayangkan sebanyak 862.8 kg makanan berjaya dikumpulkan, hanya di dua bazar iaitu bazar Ramadan Paroi, Seremban dan juga Bandar Baru Nilai.

Kejayaan itu dilaksanakan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan menerusi kempen Hargai Makanan Elakkan Pembaziran sejak Isnin lalu. 


Memetik laporan Harian Metro, makanan yang tidak terjual diagih kepada golongan memerlukan termasuklah kepada masjid bagi kegunaan moreh. 

Foto Harian Metro
“Di Nilai, makanan yang dikumpul diagihkan kepada masjid manakala makanan di Bazar Ramadan Paroi diagih kepada asnaf, ibu tunggal dan anak yatim,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong.


Kempen itu berlangsung sehingga 28 Mei ini, dan dibantu sukarelawan termasuk dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Raja Melewar, Kechara Soup Kitchen, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA) dan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih (PERKASIH) Negeri Sembilan, katanya lagi. - CARI 
3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 17-5-2019 05:42 PM
OMG sampai 800kg...
Quote jfq 17-5-2019 05:46 PM
Nak bagi sebelum jual la
Ni dah tak abis baru nak bagi ke semejid asnaf bagai
Quote jfq 17-5-2019 05:50 PM
Di bulan puasa ni makan la yg simple2
Kadang penjual ni underestimate taste pembeli
Every year same thing yg depa jual sedangkan lifestyle dah berubah
Mcm aku tak minum air2 balang bagai ni sbb tukar cara pemakanan
Quote bezita60 17-5-2019 06:00 PM
2 bazaar = 850 kg estimated

Satu Malaysia berapa bazaar?
Satu Malaysia berapa byk hotel/restoran dgn buffet?

Syaitan ketawakan kita beramai2.
Konon puasa tapi membazir mengalahkan syaitan
Quote willow12 17-5-2019 06:07 PM
Makanan org sedekah atau katering di masjid2 utk berbuka pun byk lebih. Too much food wasted.

Mcmna la nak urus tu..
Quote Artemesiaa 17-5-2019 06:12 PM
Dah makin kurang nak beli di Bazzar Ramadan mana tak banyak yang terbuang.  Ramai memilih masak sendiri atau beli lauk dari kedai atau restaurant yang tiap bulan meniaga jadi dah tahu macam mana rasa dan qualitynya.
Quote putericahaya999 17-5-2019 06:15 PM
Benda tak habis

Nak salahkan sapa
Mana boleh salahkan pbeli tak beli
Nanti habis duit depa jugak.tun pun suruh jinat
Quote tipsbymrs 17-5-2019 06:25 PM
salah satu usaha untuk mengurangkan pembaziran sepatutnya di sokong dan digalakkan. good job!
Quote Atata 17-5-2019 06:44 PM
willow12 replied at 17-5-2019 06:07 PM
Makanan org sedekah atau katering di masjid2 utk berbuka pun byk lebih. Too much food wasted.

Mcm ...

Nanti ada apek2 kutip utk bagi makan babi dia
Quote bezita60 17-5-2019 06:48 PM
Maybe malaysia dah boleh mulakan stesen biodiesel dr food wastage dengan skala besar. Food waste dikitar semula hasilkan gas utk memasak etc.
Quote wirazam 17-5-2019 06:57 PM
jfq replied at 17-5-2019 05:46 PM
Nak bagi sebelum jual la
Ni dah tak abis baru nak bagi ke semejid asnaf bagai

jgn bagi makanan yg tak elok sudah lar...mcm ada kes baru2 nih, restoran makanan arab lagi tuh

Quote uhuStic 17-5-2019 07:10 PM
Padan la muka buat peniaga. Masa menjual berkira sangat. Lauk satu senduk kecil charge sampai rm3 ke rm5. Dah hujung-hujung pun masih tak mau lebih kurang. Sanggup tak habis nak recycle untuk esok. Tak fikir orang beli lauk semalam dah basi ke apa. Dorang kalau nak sedekah bagi lauk mula-mula. Bukan lauk bekas sisa jualan.
Quote Pink_Purple 17-5-2019 07:18 PM
di rumah terbazir,

di bazar pun...banyaknya
Quote namieamuro 17-5-2019 08:49 PM
byknye..mknn dr peniage yg jual harga pegi haji balik hari ke?

bagusla rakyat msia ramai dh sedar membazir je beli mknn bazar..sesekali boleh la..better masak wpun 1 lauk..janji kenyang..
Quote ninja boy 17-5-2019 09:48 PM
Padan muka peniaga tamak Wang akhirmya takdak org mau pergi membeli
Quote seramado 17-5-2019 10:19 PM
Ya ampun aibnyaa
Quote epis 18-5-2019 04:48 AM
Saya klu pergi ke param selalunya cari mknn yg saya nk je tu pon dessert mcm puding caramel.. tapi mmg dah bape tahun dah minat nk ke param tu xde.. thn ni pon baru sekali je pergi tu pon sbb kwn ajak...
Quote EvieWanKenobi 18-5-2019 06:06 AM
i pun setuju sekiranya diagihkan sebelum berbuka..

lepas berbuka takdenya nak makan2 dah..
lepas terawih lagi la..
mata pun tak larat nak buka..
Quote DARSITA 18-5-2019 07:30 AM
zaman sekarang orang lebih suka masak sendiri -- lepas tu snap gambar ... lepas tu upload dlm FB (group masakan) lepas tu upload dlm IG.

Makanan di pasar ramadhan bukannya segar. Masak dari pukul 10 pagi jual pd pukul 5 ptg dah almost nak basi. Dah jualan terdedah tanpa suhu bilik. eeeee.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.165627 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top