CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Protes Gaji Tertunggak, Penulis Kolum Tinggalkan Utusan

17-5-2019 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3840| Komen: 21

Sebagai tanda protes kerana gagal membayar gaji pekerja, seorang penulis kolum Utusan Malaysia memutuskan untuk berhenti menulis di akhbar tersebut. 

Memetik ProjekMM, penulis tersebut Ku Seman Ku Hussain berkata tindakan tersebut juga sebagai tanda simpati kepada bekas pekerja yang masih belum dapat pampasan VSS. 

“Kepada pembaca-pembaca kolum Dari Puncak di Utusan Malaysia, dengan ini dimaklumkan saya telah menamatkan kolum tersebut bermula Jumaat ini,” tulisnya di laman blog.

“Keputusan ini adalah protes saya terhadap pengurusan tertinggi Utusan Melayu dan tanda simpati kepada kawan-kawan yang masih bekerja dan yang telah mengambil VSS.”

“Saya faham keadaan kewangan Utusan Melayu dan sanggup menulis dengan percuma bermula 27 September 2018 dan berakhir 3 Mei 2019. 

Kredit foto: Projekmm


“Lebih kurang 30 artikel semuanya. Matlamatnya mahu membantu tempat lama saya,” katanya.

“Tetapi melihat keadaan kawan-kawan terabai, hujung bulan bagai menunggu buah yang entah bila gugurnya, tidak ada ertinya sumbangan saya kepada organisasi ini. 

“Saya zahirkan simpati kepada kawan-kawan dengan protes ini,” katanya lagi.

Ku Seman merupakan bekas pengarang Mingguan Malaysia telah berkhidmat lebih 30 tahun dalam organisasi tersebut. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zidane_ziege 17-5-2019 03:51 PM
Kesian..

Lps ni menulis la kat medsos..maki kerajaan..mana tau bila BN dpt jd kerajaan bole la masuk utusan balik sambung keja2 menjilat..
Quote Pixie902 17-5-2019 03:55 PM
zidane_ziege replied at 17-5-2019 03:51 PM
Kesian..

Lps ni menulis la kat medsos..maki kerajaan..mana tau bila BN dpt jd kerajaan bole la ma ...

Tepat sekali heheh...dulu menjilat bukan main...skrg dah terima padah...harap insaf...
Quote putericahaya999 17-5-2019 04:07 PM
Tak da kesan pun

Xda sapa nak melabur
Quote Sazida 17-5-2019 04:33 PM
Pakcik aku pun vss dgn utusan. Now full time buat grab sbb pampasan vss dia bukan dpt sekaligus. Byr monthly. Ade tu sampai 2-3bulan xbyr., buat grab sampai xbalik rumah seminggu demi cari duit.
Quote ifanonline 17-5-2019 04:37 PM
senang aje utusan nak cari duit lebih...banyakkan iklan2 seks, obat kuat, pam pelir dan dsb
Quote batusembilan 17-5-2019 04:54 PM
Sazida replied at 17-5-2019 04:33 PM
Pakcik aku pun vss dgn utusan. Now full time buat grab sbb pampasan vss dia bukan dpt sekaligus. Byr ...

semoga ur uncle bertabah dan terus kuat. sy pun grab driver tp part timer. hujung july nnti gantung kunci sbb x mampu nk comply dgn requirement grab.
Quote giyomi 17-5-2019 06:35 PM
penjilat2 mana gi ek...dulu puji kerajaaan dan tutup segala kes2 tipu, salah laku, sekarang bila bermasaalh tak ada lak pemimpin yg ko puji menjulang dulu prihatin terhdp nasib mereka2 ni.
Quote grouper 17-5-2019 06:38 PM
Paper umno..boosskkuu x nak Komen ke
Quote sambaldurian 17-5-2019 07:00 PM
Kump.utusan ada diverse x entity dia, mcm the star tu ak rs ada buat property, xdela wat publication semata2. Yela rkyt msia ni bkn suka membaca, skg pun zmn internet.
Quote Sazida 18-5-2019 05:39 AM
batusembilan replied at 17-5-2019 04:54 PM
semoga ur uncle bertabah dan terus kuat. sy pun grab driver tp part timer. hujung july nnti gantun ...

Tulahh., kesian pun ada sbb kdg2 xbalik demi cari rezeki. Mujurlah ank2 dah besar., haa tulahh ramai yg nk stop buat grab sbb perlu mcm2 kan skrg ni?
Quote Mary_jane 18-5-2019 11:33 AM
Tapi reputz ni pun cari lah sumber berita yang tepat. Turun pandang, dapatkan info sahih. Skang ni semua pakat jadi wartawan kopipes. Belum lagi fitnah sana sini, tokok tambah.
Quote gigahertz 18-5-2019 01:32 PM
ifanonline: senang aje utusan nak cari duit lebih...banyakkan iklan2 seks, obat kuat, pam pelir dan dsb

buat macam tv3 . suruh iklan kat tv tapi sendiri guna fb ads suruh iklankan kat tv{:full
Quote diss69 19-5-2019 06:20 PM
Sazida replied at 18-5-2019 05:39 AM
Tulahh., kesian pun ada sbb kdg2 xbalik demi cari rezeki. Mujurlah ank2 dah besar., haa tulahh ram ...

Ye ke... Ank akk pon buat grab full time.. Siannya laa kalu betul.. Moga pakcik sazida dimurahkan rezki..
Quote Malaysia.Doom 19-5-2019 06:31 PM
Mary_jane replied at 18-5-2019 11:33 AM
Tapi reputz ni pun cari lah sumber berita yang tepat. Turun pandang, dapatkan info sahih. Skang ni s ...


Yang untung taukeh Cari forum jugak...Tak payah bayar Gaji moderator2 Melayu bongox ni semua.

Taat menjalankan tugas tanpa culas
Quote Mary_jane 19-5-2019 06:57 PM
Malaysia.Doom replied at 19-5-2019 06:31 PM
Yang untung taukeh Cari forum jugak...Tak payah bayar Gaji moderator2 Melayu bongox ni semua.

...

Mesti tak terlepas bangsa melayu tu ya sis.
Quote Malaysia.Doom 19-5-2019 07:52 PM
Mary_jane replied at 19-5-2019 06:57 PM
Mesti tak terlepas bangsa melayu tu ya sis.

Mana Ada dah moderator Cina.
Quote chinta89 20-5-2019 11:25 AM
simpati.                           
Quote batusembilan 20-5-2019 09:25 PM
Sazida replied at 18-5-2019 05:39 AM
Tulahh., kesian pun ada sbb kdg2 xbalik demi cari rezeki. Mujurlah ank2 dah besar., haa tulahh ram ...

ramai yg nk gantung kunci ni part timer mcm sy.

buat grab pun sbgi side income shj. ada keje hakiki yg lain.

tp kalau ada peluang lebih baik unt buat grab atau e-hailing lain pd masa akan dtg, rasa nk jgk buat. sy suka memandu kereta he he
Quote CiliPadiSedap 20-5-2019 09:26 PM
Kdg teknologi ni bawa kerburukan contoh dulu ada teksi ramai boleh sara hidup, sekarang ada grab makin ramai persaingan masing2 bunuh harga..yang untung customer and company..

Ni namanya monopoli


Akan datang ada few sector yang monopoli jadi oligopoli.. oligopoli ni bermaksud few  company monopoli certain2 business. Walhal syarikat yang sama cuma diversify..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.048418 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top