CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tular Budak Montel Tersangkut 'Walker', Rupanya Ada Kisah Sedih Di Sebalik Kecomelannya

17-5-2019 03:00 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 9101| Komen: 55|Original author: Oleh: intan

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan gelagat dan aksi melucukan seorang budak lelaki yang bertubuh comel tersangkut dalam permainan 'walker'. Kanak-kanak tersebut kelihatan terkial-kial ingin mengeluarkan diri daripada 'walker' dan si bapa sedang bertungkus lumus menyelamatkan si debab tersebut. Ibu kanak-kanak terbabit yang sedang sibuk mengemas rumah mengambil peluang untuk merakam peristiwa kelakar tersebut. 


Video itu diakui memang lucu dan menghiburkan kerana gelagat serta rupanya yang comel dan ternyata telah mendapat perhatian netizen namun terdapat kisah sedih di sebalik hiburan yang 'tidak sengaja' itu. 




Rupa-rupanya, kanak-kanak comel tersebut yang dikenali sebagai 'Kak Mon' itu telah mengalami masalah pendengaran sejak kecil. 

Kak Mon yang telah disyaki mempunyai masalah pendengaran sehingga ke akhir hayat sejak bayi lagi. Ibunya iaitu Anis Amira telah berkongsi mengenai pengalamannya setelah mendapat perkhabaran anak kecil kesayangan mereka ini menghidap penyakit tersebut. Video tersebut juga menjadi viral kerana kak mon tidak mampu mendengar ayahnya melarang dia supaya tidak masuk ke dalam 'walker' tersebut dan akibatnya, Kak Mon tersangkut.

Allah lebih mengetahui


Walaupun kelihatan agak lucu, ibunya mengakui berasa sangat sedih dan meraung ketika mendapat berita awal mengenai penyakit anaknya. Akhirnya beliau dan suami terpaksa menyerah diri ke hospital dan menjalankan rutin terapi wajib untuk Kakmon. Kasih sayang seorang ibu dan ayah memang tiada tandingan. Demi memulihkan pendengaran Kakmon seperti kanak-kanak lain, pelbagai usaha alternatif seperti mengurut dengan pak kiai, berjumpa ustaz untuk pembedahan secara batin, berjumpa Dato' Seri yang viral kerana kebolehan memulihkan penyakit dan pelbagai lagi. Namun segala usaha tersebut menemui jalan buntu.

Berkorban apa saja


Ada juga yang kata boleh sembuh dengan melumur darah ayam dara umur kurang 2 tahun, pening kepala si ibu dan ayah mencari ayam dara. Akhirnya si montel dipakaikan dengan cochlear implant dan mereka berdua masih berusaha sehingga sekarang untuk memperbaiki pendengarannya. 

Sebagai seorang ibu, beliau mengakui tidak pernah lelah dan berputus asa untuk mengembalikan nikmat pendengaran untuk anaknya, si montel yang tersangkut 'walker'. - CARI 
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • cikkittydiva

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 17-5-2019 03:30 PM
Kalau dah besar lepas tu kurus sihat, pasti helok
Quote nazzse 17-5-2019 03:43 PM
Kelakar..bagus bapak dia takda marah pun..lelah nak keluarkan k.mon
Quote imransulaiman 17-5-2019 03:45 PM
Lelaki ke perempuan ni? Sebab gelaran dia "Kak Mon"...

Ke "Kak Mon" ni gelaran sesuatu karektor?
Quote gujiwa 17-5-2019 03:59 PM
budak2x montel ni kecik2x comel.. tapi kena jaga gak kesihatan ye..
Quote hatikudus 17-5-2019 04:03 PM
Comel "kakmon"
Quote prettyuglybabe 17-5-2019 04:08 PM
selain cari jalan baiki pendengaran, harap mak bapak dia cari jalan juga untuk kuruskan anak..
jangan sampai besar terlewat dah nak diet..
Quote bezita60 17-5-2019 04:12 PM
imransulaiman replied at 17-5-2019 03:45 PM
Lelaki ke perempuan ni? Sebab gelaran dia "Kak Mon"...

Ke "Kak Mon" ni gelaran sesuatu karektor?

Perempuan. Selipar dia kaler pink
Quote EvieWanKenobi 17-5-2019 04:22 PM
tak tengok la vedio tu..
takde fb..
Quote dua_chzy 17-5-2019 04:26 PM
Gambar ni,

122559v0ernuhonrebr62o.jpg

Dah macam ropa Prince Topui.
Quote dua_chzy 17-5-2019 04:27 PM
bezita60 replied at 17-5-2019 04:12 PM
Perempuan. Selipar dia kaler pink

Ya hampon pompuan rupanya! Hukaloh dek mak ngko tak sayang ko ke biar ngko gomok camtuh!
Quote dua_chzy 17-5-2019 04:29 PM
Dah la pompuan, ko tayang pulok gambar separa bogel camtu. Bertepuk riang pedobabi kak, bang, ooooiiiiii!!!
Quote kucingitam 17-5-2019 04:38 PM
siapakah dato seri yang viral boleh memulihkan penyakit itu?
Quote EvieWanKenobi 17-5-2019 04:40 PM
budak lelaki ka pompuan?
berita yang tt share cakap lelaki..
Quote Star_el 17-5-2019 04:53 PM

wehhh patut rasa cam familiar lol
Quote FOTHER-MUCKER 17-5-2019 05:26 PM
dua_chzy replied at 17-5-2019 12:27 AM
Ya hampon pompuan rupanya! Hukaloh dek mak ngko tak sayang ko ke biar ngko gomok camtuh!

Muka seperti Mail selatan tu patutlah ada orang kata kak mon lelaki!
Quote miracle_forever 17-5-2019 05:31 PM
bukan lelaki ke? yg mak dia panggil Qayyum tu sape? abang budak ni ke?
Quote anony-mous 17-5-2019 05:31 PM
Comel montel2 ni tp xdigalakkan sb umur bkn baby lg. Byk penyakit tp tu la org malaysia klau ckp mcm ni ckp kita hina ank dia pulak
Quote anony-mous 17-5-2019 05:32 PM
bezita60 replied at 17-5-2019 04:12 PM
Perempuan. Selipar dia kaler pink

La perempuan ke. Perempuan lg la mak ayh dia kene jaga bg kurus
Quote jfq 17-5-2019 05:38 PM
Seriau pulak aku tgk takut kain pelikat bapaknya terlondeh

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.068632 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top