CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Kehilangan Jururawat Terjawab, Siti Kharina Ditemui Mati Dikelar

17-5-2019 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 135098| Komen: 2437|Original author: Oleh: Myra Rozi

Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd. Kamarudin, 40, yang hilang sejak 8 Mei lalu ditemui mati dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala di sebuah rumah di Cyberjaya.


Kosmo melaporkan sebelum ini, kali terkahir mangsa menghubungi suami dan anaknya untuk memaklumkan kepulangannya menjelang Aidilfitri nanti.

Astro Awani menyatakan, mayat Kharina ditemui berpakaian tidak lengkap dan terbaring di atas lantai.

Foto: Berita Harian
Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan bahan bukti termasuk pisau yang digunakan untuk menikam mangsa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, 

"Siti Kharina ditemui mati dibunuh dengan kesan kelar di bahagian dada dan leher di kondominium Third Avenue di Cyberjaya kira kira pukul 4.20 petang pada Rabu."


Mangsa yang mempunyai anak kembar berusia 10 tahun dan seorang anak perempuan berusia 14 tahun dilihat buat kali terakhir di tempat letak kenderaan Hospital Serdang.

Misteri kehilangannya terbongkar selepas individu yang datang untuk membaiki mesin basuh di kediaman itu ternmapak darah mengalir keluar dari pintu rumah.

Sementara itu polis telah menahan seorang lelaki Nigeria bagi membantu siasatan.

Penahanan itu dibuat hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kondominium disewa mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata,

“Penahanan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Berlaku sedikit pergelutan ketika tangkapan dibuat kerana lelaki itu dipercayai sudah mengetahui dirinya dicari polis bagi membantu siasatan.”  -CARI
3

Bagus
3

Marah
8

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (28 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kentang.Goreng 13-5-2019 03:54 PM
Kertas siasatan kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang dibuka
BERNAMA | 13 May 2019
[fbv]371828380100514[/fbv]
KUALA LUMPUR - Polis membuka kertas siasatan di bawah kes Orang Hilang berhubung Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, yang dilaporkan hilang, pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Abdul Aziz Ali mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kes itu dan pihaknya kini masih menjalankan siasatan.

"Pihak kami sudah menerima laporan itu (kehilangan Siti Kharina) tempoh hari dan kami membuka kertas siasatan bagi kes itu.

"Kes berkenaan diklasifikasi sebagai Orang Hilang dan siasatan masih dijalankan sehingga kini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, pihak pengurusan Hospital Serdang mengesahkan Siti Kharina yang dilaporkan hilang sebelum ini, dilihat kali terakhir di kawasan tempat letak kenderaan hospital itu pada Rabu lepas.

Siti Kharina dilihat memandu kereta Honda City berwarna putih.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk membantu mengesan Siti Kharina digesa agar menghubungi polis atau adik Siti Kharina, Siti Khairani Mohd Kamaruddin di talian 012-2587764. - Bernama

Quote K_Lily 13-5-2019 03:55 PM
semoga selamat..
Quote gujiwa 13-5-2019 04:04 PM
semoga selamat hendaknye... puasa2x ni..
Quote xtahumenahu 13-5-2019 04:10 PM
Harap ditemui dengan selamat...
Quote babyLON. 13-5-2019 04:22 PM
semoga balik dgn selamat..
Quote zulka 13-5-2019 04:25 PM
semoga selamat..jgn la terjadi seperti yg ku bayangkan..
Quote ikanmasin 13-5-2019 04:28 PM
semoga dpt ditemui dgn selamat..mudah2an dipermudahkan..
Quote ninjago 13-5-2019 04:32 PM
dari rabu lepas? dah 6 hari dah hilang nie.. mintak2 semuanya baik2 je..sgt pelik kalau hilang camtu je.
Quote ninjago 13-5-2019 04:32 PM
zulka replied at 13-5-2019 03:25 PM
semoga selamat..jgn la terjadi seperti yg ku bayangkan..

nauzubillah..kesian kat anak2 yg menunggu
Quote kucingitam 13-5-2019 04:41 PM
harap selamat lah..iols takut dia accident kat mana2 tapi org tak sedar/perasan...
Quote monreyes 13-5-2019 04:45 PM
bila dah janji nak pulang...
tapi x sampai2 ...
mintak di jauhkan perkara yg buruk...
Quote munchkin 13-5-2019 04:50 PM
Semiga dipermudahkan. Semoga segala baik2 aja
Quote EvieWanKenobi 13-5-2019 05:35 PM
semoga ditemui dengan selamat..
Aaminn..
Quote Manjahati 13-5-2019 09:34 PM
Moga cepat n selamat ditemui... Sian keluarga
Quote Buritan 13-5-2019 10:04 PM
Tp jln ke kuala pilah tu scary
Quote lee_sakura 13-5-2019 10:21 PM
moga dapat dijumpai dgn selamat
Quote monreyes 13-5-2019 10:21 PM
Buritan replied at 13-5-2019 10:04 PM
Tp jln ke kuala pilah tu scary

thn bila tu..jln lama kot
now da cantik la...
Quote slavehunter 13-5-2019 10:36 PM
Accident kat mana2 kot? Jalan nak pergi pilah kan hi way pun banyak hutan kiri kanan. Moga polis luaskan pencarian.
Quote eyansss 13-5-2019 10:49 PM
Edited by eyansss at 13-5-2019 11:05 PM

kawan keje kat radioloy hospital serdang...  dia kata, sister ni call anak2 bagitau anak2 yang dia akan singgah bangi sebelum balik untuk beli baju raya...  siap cakap : tunggu mama balik bawak baju raya...

anak2 sedih sangat dah mama dia tak balik lagi...

Lihat semua komen(2437)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.155606 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top