Kemelut rumah tangga yang melanda Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya tamat setelah mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 28, yang kelihatan menangis sebak melafazkan talak satu pada 3.45 petang itu di hadapan Hakim Syarie Izzat Syazli Murshid setelah Bella Astillah atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 25 membuat permohonan cerai. Suasana bertukar sedih di dalam mahkamah apabila pasangan itu bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri.
Apabila ditemubual wartawan mengenai punca mereka bercerai ini pula jawab Aliff Aziz: "Saya menganggap perceraian ini teguran keras daripada Allah. Apa yang penting sekarang adalah saya ingin memperbaiki diri. Saya cuba untuk kuatkan diri dan teruskan hidup dengan keluarga. Saya minta orang ramai untuk doakan Bella dan anak kami juga," katanya kepada Harian Metro "Saya mohon maaf tulus dari hati saya ini kepada Bella. Dia sudah banyak berkorban dari hari pertama kami kahwin lagi. Dia menjaga makan pakai saya, kerjaya dan lahirkan anak. Tak ramai yang sabar seperti Bella." Selesai urusan penceraian mereka di mahkamah petang tadi Bella Astillah sempat memuat naik kenyataan di instagramnya. Kelihatan ramai rakan artis mendoakan yang terbaik untuk Bella supaya lebih kuat untuk meneruskan hidup selepas ini. "Alhamdulillah semua di permudahkan tadi. Mungkin sampai sini sahaja jodoh saya dan Aliff. Semoga selepas ini saya dapat menjadi ibu yang baik buat Ayden. Dan terima kasih yang tak putus2 mendoakan saya dan keluarga. Apa yang terjadi adalah takdir Allah dan Bella redha. "Allah knows best," tulisnya. Aliff dan Bella telah berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia dua tahun. Pada 2017, Aliff mencetus kontroversi apabila berlaku curang apabila keluar berhibur bersama pelakon Afifah Nasir di pusat karaoke. Februari lalu, Aliff sekali lagi mencetus kontroversi apabila keluar bersama pelakon Oktovia Manrose seperti didedahkan Bella. Dan yang kali ketiga, gambar Aliff serta satu rakaman video live Instagram memaparkannya bersama gadis sama dikenali sebagai Nismel sedang hangat berpelukan. Maka dengan ini, tamatlah sudah kisah kontroversi paling hangat tahun 2019 antara Aliff Aziz, Bella Astilla. Semoga pasangan di luar sana menjadikan ini sebagai suatu pengajaran untuk lebih setia kepada pasangan masing-masing. -CARI |
Pinkkerabu: Bella pun xpyh tumpang glam dah... Bukan retis pun
ADVERTISEMENT