Pelakon versatil, Nabila Huda beberapa hari yang lalu telah memuat naik video di mana dia membuat kerja amal bersama anaknya, Keisha sempena meraikan ulang tahun kelahiran anak tunggal kesayangannya itu.
"Dalam rambut dorang ada macam-macam guys!! Pasir la, mak bapak kutu, kulit kerang pun ada tau," tulis Nabila di ruangan kapsyen. Keisha tidak kekok membantu..
Menerusi video yang dimuat naik oleh Nabila di akaun Instagram miliknya, Keisha dilihat tidak kekok membantu kanak-kanak yang mengalami masalah kutu pada kulit kepala mereka. Kanak-kanak tersebut juga dilihat teruja apabila ada pihak yang datang membantu mereka untuk menyelesaikan masalah kulit kepala yang berkutu. Dalam pada itu, ramai yang memuji Keisha kerana sikapnya yang bukan sahaja tidak sombong, malah sedikit pun tidak menunjukkan perasaan geli sepanjang menjalankan aktiviti sukarelawan tersebut. Bagus juga cara Nabila meraikan ulang tahun kelahiran anaknya dengan aktiviti sukarelawan sebegitu. Sekurang-kurangnya ianya dapat mendedahkan Keisha akan kehidupan mereka yang lebih susah. Syabas, Nabila! -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|