Lelaki 'lalok' tiba-tiba mengamuk dan membelasah ibunya dengan sebuah bakul baju dan payung menyebabkan mangsa bengkak di pipi kiri, lapor Harian Metro. Dalam kejadian 3.30 petang di rumah mereka di Kampung Selamat, Tasek Gelugor semalam, bapa saudara suspek berusia 56 tahun turut dipukul dengan topi keledar ketika mempertahankan kakaknya menyebabkan kecederaan kecil.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa, 64, di balai polis berdekatan. Dakwa mangsa, anaknya berusia 33 tahun tiba-tiba mengamuk dan membaling bakul baju ke arahnya sebelum memukulnya dengan payung. Bapa saudara suspek yang tinggal berdekatan kemudian datang untuk mempertahankan mangsa dan membawanya ke balai polis untuk membuat laporan. Bagaimanapun, suspek kemudian menyerang bapa saudaranya itu dengan topi keledar.
Suspek ditahan jam 6.30 petang di rumah berkenaan untuk siasatan lanjut dan polis dapati lelaki itu berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian selain memiliki tiga rekod jenayah lampau. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - CARI
|
Pink_Purple replied at 19-5-2019 04:25 PM
apa nak diherankan dengan penagih ni..
bila xdapat bekalan je..jadi setan
ADVERTISEMENT