CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ramai Kawan Macam Toksik? Jauhi 3 Orang Ini Jika Ingin Bahagia

13-6-2019 04:41 PM| Diterbitkan: zakeynt_o| Dilihat: 10236| Komen: 32|Original author: Oleh: Laks

Description: Dalam kehidupan seharian, manusia memerlukan aura positif dan baik bagi memulakan hari. Kadang kala, kita sudah bersemangat untuk memulakan hari dengan positif tetapi orang sekeliling seperti tidak me ...
Dalam kehidupan seharian, manusia memerlukan aura positif dan baik bagi memulakan hari. Kadang kala, kita sudah bersemangat untuk memulakan hari dengan positif tetapi orang sekeliling seperti tidak memberi galakan mental dan akhirnya kita juga terjebak dengan negativiti. 


Berikut merupakan tiga jenis orang yang patut dihindari dalam pergaulan:

1. ORANG YANG SELALU MERUNGUT dan tidak puas hati
Ada sesetengah perkara, apabila orang lain menyebut, barulah kita terfikirkannya. Contohnya, "makanan ni masin betul kan?", "sikitnya makanan jiran bagi ni..." atau "hishh.. panasnya harini..". Ada sahaja perkara yang ingin dirungutkan, kalau boleh semua pun tak kena. Penatkan nak melayan? 

Sikap ini akan membuatkan kita tidak bersyukur dengan apa sahaja yang kita miliki dan hadapi. Individu seperti ini juga membuatkan suasana yang tadinya baik menjadi negatif.

sumber: Islami.co

2. ORANG YANG NEGATIF
Orang seperti ini tidak suka membicarakan tentang hal-hal yang positif tetapi sebaliknya. Contohnya, suka bicara buruk tentang orang lain, menghina dan memandang rendah orang lain. Mungkin kita bukan seperti itu, tetapi tidak mustahil jika kita bergaul dengan orang seperti ini, kita juga akan melakukan hal yang sama. 

Kalau hari-hari duduk semeja dengan 'mak cik bawang', takkan hari-hari dengar je, mesti akan ada satu masa kita akan terjebak sama. Tapi dalam kes 'mak cik bawang', kita pegang prinsip macam ni lah: KALAU KITA TAK SUKA ORANG BUAT KITA, KITA JANGAN BUAT ORANG LAIN. Contoh, kalau tak suka orang lain mengumpat pasal kita, jangan kita mengumpat pasal orang lain. Mudahkan formula ini.


3. SOS (SENANG tengok ORANG SUSAH, SUSAH tengok ORANG SENANG)
Kalau nampak orang lain bahagia, lebih daripada dia, ada saja yang tak kena dan dengki. Kalau nampak orang susah, berada di bawah, dia pula bahagia. Orang seperti ini tidak suka melihat orang lain berkembang maju. Kalau dia susah, dia mahu orang sekelilingnya sama-sama susah supaya dia tidak susah keseorangan.

sumber: columbiafederalist.com

APA JADI KALAU TERUS BERADA BERSAMA 3 JENIS ORANG INI?
1. SUSAH UNTUK MAJU KEHADAPAN
2. SUSAH UNTUK KELUAR DARI ZON SELESA
3. SUSAH UNTUK BERJAYA
4. SUSAH UNTUK BAHAGIA - CARI 

SUMBER: MOTIVATOR MERRY RIANA


Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ip_lepat 13-6-2019 05:08 PM


Quote Kurex 13-6-2019 05:58 PM
Yg kena tunggu sejam lebih baru muncul. Yang berangan cun.. Yang cibai.. Yg hanat...semua toxic
Quote CARI-MAMS 13-6-2019 06:17 PM
tunggu berejam tu mmg ada...hmm
Quote farlis 13-6-2019 06:20 PM
Dok kata org toksik.. Jgn lupa cek diri sendiri sbb kdg2 kita x sedar kita juga bertoksik..just my dua kupang
Quote kroit92 13-6-2019 07:10 PM
kalau boleh elak takpe. tapi yang memang related, sedara-mara, aduiii tak leh lari. sabar je la balik kampung 2-3 hari. malas nak gaduh. mulut masing-masing aduiii

kenal sejak lahir, tapi sampai besar toxic nye tak berubah. nak jumpa pun malas. tapi sebab raya, melawat tok nenek. hadap je lahh.. diorang bukak mulut, kita kunci mulut

ibadat macam ahli syurga
lidah macam ahli neraka
Quote dubuk 13-6-2019 08:36 PM
on the way.. on the way..
Quote EvieWanKenobi 14-6-2019 12:18 AM
Alhamdulillah dikelilingi oleh yang baik2 aje..
Quote LautBiru52 14-6-2019 04:10 AM
Yg jenis suka salahkan orang lain. Diri sendiri tak pernah salah. Yg suka bersungut. Rimas tau tak rimas
Quote noraidil_06 14-6-2019 05:40 AM
EvieWanKenobi replied at 14-6-2019 12:18 AM
Alhamdulillah dikelilingi oleh yang baik2 aje..

Samalah. Alhamdulillah di kelilingi org baik-baik
Quote AbukRokok 14-6-2019 09:07 AM
duk dalam gua
berkawan dgn binatang

so far so good
Quote ramaramu 14-6-2019 09:08 AM
we cant expect for people to change but we can change ourselves.
if ada kawan toksik, we avoid or limit seeing them.
if we realize we are toxic, we try our best to change
Quote ramaramu 14-6-2019 09:09 AM
EvieWanKenobi replied at 14-6-2019 12:18 AM
Alhamdulillah dikelilingi oleh yang baik2 aje..

alhamdulillah.. rezeki u..
Quote EvieWanKenobi 14-6-2019 09:14 AM
ramaramu replied at 14-6-2019 09:09 AM
alhamdulillah.. rezeki u..

Alhamdulillah.. semoga yang baik2 untuk u juga..

if ada kawan toksik, we avoid or limit seeing them.
it's true..
Quote rospinki 14-6-2019 10:51 AM
semua orang baik2..cuma pembawaan character kita utk menyesuaikan diri dgn tahap acid dlm manusia tertentu merubah ph toxic dlm diri.

saya berada pada ph normal selalunya..berubah kaler ijo pada waktu tertentu sajork.


Quote rospinki 14-6-2019 10:52 AM
semua orang baik2..cuma pembawaan character kita utk menyesuaikan diri dgn tahap acid dlm manusia tertentu merubah ph toxic dlm diri.

saya berada pada ph normal selalunya..berubah kaler ijo pada waktu tertentu sajork.


Quote CARI-MAMS 14-6-2019 11:37 AM
betul..kena cek diri sendiri juga....selalu audit diri juga...dan perbaiki mana2 yg kurang
Quote Chimicuri 14-6-2019 09:19 PM
Yg aku jumpa jenis depan org tu puji bagai. Tapi mengumpat org tu kat belakang. X faham lah jenis ni. <insecure> {:question
Quote terma2nkondisi2 14-6-2019 09:44 PM
ip_lepat replied at 13-6-2019 05:08 PM


basically, semua org ada sikap/sifat assholenya yg tersendiri

kalau tak bnyk, sikit tu mesti ada

takkan nak jauhkan diri dari semua orang kot

Quote HYSB 15-6-2019 12:05 PM
Jenis racist memanjang pun toksik juga

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.063044 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top