Pelakon Noorkhiriah menasihati anak muda berhubung cabaran yang menanti selepas berkahwin. Katanya, ketika bercinta amat berbeza berbanding dunia perkahwinan, apatah lagi kalau sudah ada anak. "Masa bercinta lain, masa bertunang lain, masa kahwin lagilah lain. Dah ada anak lagi lain. "Jangan berangan nak tidur sampai subuh. Jangan fikir seronok, fikir tangunggjawab," katanya melalui Instagram.
Sementara itu, dalam temu bual bersama MalaysiaKini, Noorkhiriah mengingatkan bahawa ikatan suami isteri sewajarnya dikekalkan sehingga akhir hayat, justeru buat mereka yang masih bujang, jangan terburu-buru berbuat demikian. "Jangan tengok orang nikah, kau pun nak nikah. Lepas nikah terkejut, rupanya indah dari khabar rupa. "Masa itu pinggan mangkuk terbang sampai luar rumah. Jangan aniaya anak orang," katanya dipetik MalaysiaKini. Noorkhiriah telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Azfaizul sejak 13 tahun lalu dan mempunyai dua anak lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah, 10, dan Muhammad Yusoff, 8. Pasangan itu juga mengambil seorang anak angkat perempuan pada tahun lalu. Walaupun Noorkhiriah menyampaikan pesanan itu secara umum, ada pengikut di IGnya mengaitkan kenyataannya dengan isu rumah tangga pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah. Anda rasa komennya itu memang ditujukan kepada mereka atau ianya kebetulan sahaja? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|