CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Keputusan "U-Turn" - Lafaz Talak PU Abu Sah Pula, Cerai Bekas Isteri Dengan Talak 2

16-5-2019 01:55 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 15942| Komen: 89|Original author: Oleh: intan

Kemelut rumah tangga antara PU Abu dan isteri serta bekas isteri nampaknya berterusan sehingga ke saat ini apabila Mahkamah Rendah Syariah Klang telah memutuskan lafaz cerai yang dilakukan menerusi pesanan ringkas Whatsapp itu tidak sah. Tetapi........

Tetapi itu cerita semalam, harini melalui akhbar online mStar, lafaz cerai yang dibuat oleh PU Abu melalui sistem pesanan ringkas Whatsapp itu sebenarnya sah dan Ain 'Afini telah diceraikan dengan talak 2 oleh Mahkamah Rendah Syariah Klang.

Kredit Foto : Sinar Harian
Lafaz talak yang dilakukan pada 13 Mac lalu itu dilaporkan tidak sah pada mulanya oleh Hakim Syarie, Mohd Nuruazhar Tohar selepas menerima sumpah yang dilakukan oleh PU Abu ataupun nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi melalui sebutan kes yang dilaksanakan semalam.

Menurut Abu Sufyan, 23, dalam kalimat sumpahnya beliau mengakui tidak berniat untuk menceraikan Ain 'Afini pada ketika itu, iaitu melalui pesanan ringkas berbunyi "Ain' Afini, saya cerai awak".


PU Abu selaku defendan pada hari sebutan kes yang dijalankan semalam juga menyatakan bahawa dia sedar ketika lafaz dibuat dan mengatakan dirinya tidak dipaksa namun 'keadaan' yang memaksa. 

Namun, ketika perjalanan pulang dari mahkamah, pasangan terbabit berpatah balik bertujuan untuk mengemukakan fakta tambahan bagi menyokong permohonan penceraian mereka.

Menurut PU Abu, terdapat fakta dan pernyataan tidak penuh dikeluarkan daripada pihaknya. Disebabkan oleh maklumat yang tidak cukup ketika perbicaraan, mereka berdua tepaksa berpatah balik untuk menambah pernyataan. Walau bagaimanapun, ketika ditanyakan kepada PU Abu apakah pernyataan tambahan tersebut, tidak pula diulas lanjut ketika dihubungi oleh wartawan mStar.

"Setelah selesai memberi pernyataan pada petang itu, akhirnya mahkamah rendah syariah menjatuhkan talak dua terhadap Ain 'Afini. Ain yang ketika dihubungi juga enggan mengulas lanjut apakah fakta tambahan yang dikemukakan kepada mahkamah kerana ianya melibatkan aib di pihak sana", ujar beliau.


Sebelum ini, Ain 'Afini telah membuat penjelasan di media sosial mengenai status perkahwinan beliau dan PU Abu setelah lelaki itu dikatakan bertindak menceraikannya setelah memilih untuk bernikah bersama seorang janda yang dikenali sebagai Hana Azraa.



Pada 22 April lalu, PU Abu telah membuat permohonan maaf di laman instagramnya atas tindakan menceraikan isterinya iaitu Ain 'Afini yang sarat mengandung. Macam - macam hal! - CARI 

Bagus
3

Marah

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 16-5-2019 02:10 PM
on the way balik kena ligan dengan bini baru kot..
tu yang terus patah balik nak confirm memang dah cerai..
dasar jantan dayus..
Quote Iris. 16-5-2019 02:14 PM
Oi hana.... Hamikkkklahh penis abu tu....
Quote pitera 16-5-2019 02:16 PM
Hish mmg nak maki ja rasa sejenis laki yg takdak pendirian ni. tapi baguslah dah sah cerai. Elok lah exwife dia tu proceed besarkan anak sendiri
Quote buapakperut 16-5-2019 02:26 PM
tadak pengetahuan ka takleh ada pendirian? kejap ckp masih syg ..pastu patah balik pulak.. macam lembam.
Quote chicozinn 16-5-2019 02:40 PM
bodo ape si abu puki ni bru umo 23 tp da gatal kawen smpai dua???helokk la dulu ade abu nenen, skang abu puki lak...bangang!!
Quote pjade 16-5-2019 02:49 PM
U Turn is the new Straight
Quote munchkin 16-5-2019 02:50 PM
Ha sapa semalam dok kata sumpah dia tu boleh pakai?  

Ni semua verdict manusia ja. kalau manusia punya verdict boleh bolak balik aku takkan percaya.

Aku hanya percaya tuhan je. Manusia boleh uturn hanya dengan kecaman manusia sendiri.

Kalau takut tuhan pendirian sudah tetap.  Takde eh ye eh tidak eh eh ehhhhhhhh
Quote munchkin 16-5-2019 02:53 PM
Takde niat. Pastu patah balik bagi info tambahan utk sokong cerai.

Sapa dok backing niat dia tu. Hehhhh sangat
Quote clarizsa 16-5-2019 02:56 PM
Bagusla dah sah cerai
Buang masa je klu tpksa stay dgn jantan sial celaka mcm tu
Quote vee_zara 16-5-2019 02:58 PM
Mmg celaka jantan ni.
Quote babyorange 16-5-2019 03:02 PM
chicozinn replied at 16-5-2019 02:40 PM
bodo ape si abu puki ni bru umo 23 tp da gatal kawen smpai dua???helokk la dulu ade abu nenen, skang ...

Lorr abu ni br 23 ke? Baru tau
Quote kibodwatriuh 16-5-2019 03:04 PM
Inilah kehebatan mahkamah syariah. Nak baca sikit kertas penghakiman macam mana cara kau putuskan hukuman begitu begini.
Quote fushimi 16-5-2019 03:06 PM
suka la bijik kelentik baru tak payah bermadu

Quote greantea 16-5-2019 03:06 PM
"berpatah balik bertujuan untuk mengemukakan fakta tambahan"
macam hawau jek. rasanya memang niat dia nak cerai sebab dapat pucuk baru kan.
Quote chicozinn 16-5-2019 03:10 PM
babyorange replied at 16-5-2019 03:02 PM
Lorr abu ni br 23 ke? Baru tau

kan, baru 23 tapi jadi penonggeng agama terulung..cmni layak ke nak jadi ostad?sume berlandaskan nafsu je weyh

Quote tagas 16-5-2019 03:43 PM
boleh u-turn

watpe nak stra8
Quote doubleA 16-5-2019 03:44 PM
umo 23 ke abu ni, mudanya. tapi perangai kalah orang umo separuh abad, drama nya ko
Quote mieymiey 16-5-2019 03:46 PM
Memula tak sah cerai, katanya takder niat nak ceraikan bini.
Otw balik, bini muda dah bising takmo bermadu??
Maka, berpatah baliklah si jantan mengemukakan fakta tambahan.
Camsial jantan ni!
Quote tagas 16-5-2019 03:47 PM
penonggang agama

yg berakal 1

bernafsu 9

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.140710 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top