CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Panjat Belebas Tingkap Tingkat 13 Lepas Ditinggalkan Sendiri Di Rumah

15-5-2019 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4792| Komen: 15


Tindakan kanak-kanak lelaki memanjat belebas tingkap rumahnya di tingkat 13 membuat orang ramai terutama jirannya kecut perut.

Memetik Mirror, sebuah rakaman video menunjukkan jirannya cuba menyelamatkan mangsa yang bagaikan di hujung tanduk.




Pengawal keselamatan dan jiran-jirannya dikatakan terpaksa menggunakan kain cadar sebagai jaring keselamatan sementara.
 
Difahamkan, situasi mengerikan kanak-kanak berusia lima tahun itu disedari jirannya, Zhou Shaoting yang tinggal beberapa tingkat di bawah unit apartment berkenaan selepas terdengar tangisan mangsa.

Zhou dikatakan cuba menyelamatkan mangsa, namun tidak dapat mencari tempat sesuai untuk berpijak.



"Ia terlalu berbahaya untuk kanak-kanak itu kerana boleh menyebabkan maut jika dia tergelincir," ujarnya.

Sejurus itu, Zhou memutuskan untuk menemani mangsa di belebas tingkap berkenaan sehingga pasukan kecemasan tiba atau sehingga keluarganya pulang.

15 minit kemudian, datuk kanak-kanak berkenaan, Zhang dikatakan bergegas pulang dan menarik mangsa masuk ke dalam rumah.

Menurut Zhang, ketika kejadian cucunya itu bersendirian di rumah, sementara dia menghantar cucu perempuannya ke sekolah.

"Saya meninggalkan telefon bimbit supaya dia boleh bermain dengannya sementara menunggu kepulangan saya," katanya.


Kredit foto: Mirror/AsiaWire

Zhang mendakwa, kanak-kanak itu menarik sebuah kerusi ke sebelah tingkap berkenaan sementara menunggu kepulangan datuknya sebelum bertindak memanjat ke luar tingkap dan terperangkap di belebas berkenaan. - CARI



Bagus
4

Marah

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 15-5-2019 11:07 AM
Baik btol jiran dia sanggup bahaya kan diri sendiri jgk. Kalo kita panggil bomba aje lah yg mampu dibuat
Quote Artemesiaa 15-5-2019 11:15 AM
Nasib ler atuknya balik cepat dan syabas buat jiran yang sudi membantu walau membahayakan
Quote batmana 15-5-2019 12:08 PM
atuk ni pn satu, igt smua budak baya tu ngadap tepon aja ka?..
Quote RatuDunia94 15-5-2019 12:09 PM
Only in China..
Quote dekmieDandy 15-5-2019 12:52 PM
polis kat bawah tu prepare  nak sambut guna selimut je ke
Quote ikanmasin 15-5-2019 01:12 PM
nsb baik ada jiran yg sedar...
Quote diss69 15-5-2019 01:16 PM
Mujur ada jiran yg prihatin...
Quote putericahaya999 15-5-2019 01:45 PM
Tak da grill ke
Quote arm_band 15-5-2019 04:52 PM
adoi gayat nak oii..... nasib ko tak terjun macam budak yang kat hotel tu
Quote Pink_Purple 15-5-2019 09:02 PM
nasib xjatuh           
Quote None68 15-5-2019 09:18 PM
Bodoh punya atok...angkut je la sekali cucu tu.
Quote ipes2 16-5-2019 12:44 AM
''...kerana boleh menyebabkan maut jika dia tergelincir'' katanya? LOL
Eh tak lah, hanya lecet2 kat lutut dan sakit kepala aje.
He would just get up and dust himself and go on his merry way.
Quote tumpanglalu74 16-5-2019 02:25 AM
dekmieDandy replied at 15-5-2019 12:52 PM
polis kat bawah tu prepare  nak sambut guna selimut je ke

Aku pon geleng kepale tengok..

Budak tu dah biase tengok aksi superhero kat fon tu.  Last2 dia terai..  Elok sangat la suroh fon jadi nanny..
Quote Chairman 23-7-2019 11:19 AM
cita2 budak ni dah beso nk jadi spiderman
Quote rospinki 23-7-2019 11:29 AM
ipes2 replied at 16-5-2019 12:44 AM
''...kerana boleh menyebabkan maut jika dia tergelincir'' katanya? LOL
Eh tak lah, hanya lecet2 kat ...

hahahahaha

akit perut gelak..dok gelak lagi ni. stetment cliche jah..hbis tkn dia nk ckp kalu jatuh mau besepai mcm roti canai

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.179728 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top