CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bawa Haiwan Peliharaan Dalam Pejabat Kurangkan Stres, Tingkat Produktiviti - Kajian

15-5-2019 11:55 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4495| Komen: 38|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Kebanyakan syarikat tidak membenarkan binatang peliharaan berkeliaran di dalam premis mereka kerana dikatakan mengganggu dan ditakuti merosakkan peralatan. 

Atas sebab itulah kehadiran kucing atau anjing dikatakan bakal membawa impak yang negatif kepada suasana persekitaran di tempat kerja.

Foto: Google
Bagaimanapun satu kajian terbaru oleh Virginia Commonwealth University menunjukkan bahawa apabila manusia bekerja dengan binatang, mereka akan kurang mengalami tekanan, lapor portal berita Newswise.


Kredit foto: Carian Google
Ini bukanlah kajian pertama yang menujukkan impak positif binatang peliharaan di ruang kerja. 

Menurut seorang penyelidik, Marie-Jose Enders, yang mengkaji hubungan antara haiwan dan manusia, kehadiran kucing atau anjing di pejabat akan meningkatkan produktiviti.


Kredit foto: Carian Google
Kajian Marie dibuat dengan mengukur kadar hormon kortisol (hormone stress) apabila pekerja di pejabat menyentuh anjing. 

Beliau mendapati mereka yang didedahkan dengan haiwan ketika bekerja mempunyai kadar kortisol yang rendah dan kadar oxytocin yang tinggi, menyebabkan mereka merasa lebih santai dan gembira dan seterusnya meningkatkan produktiviti kerja masing-masing.

Kredit foto: Carian Google
Tidak hairanlah banyak syarikat gergasi seperti Google dan Linkedln kini membenarkan pekerjanya membawa haiwan peliharaan ke pejabat.


Kredit foto: Carian Google
Persoalannya, mampukah kita menumpukan perhatian kepada beban kerja jika si comel menggesel kaki minta dimanja? 

Jika anda ingin membawa kucing ke tempat kerja, apa kata anda tunjukkan hasil kajian itu kepada bos masing-masing? -CARI
1

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SWORKS27 15-5-2019 12:02 PM
tiba2 dia berak, semerbak bau opis..stress org lain yg x minat pet
Quote gujiwa 15-5-2019 12:02 PM
untuk diri sendiri okay la.. untuk org lain belum tentu meningkatkan produktiviti.. hihihih
Quote insulin 15-5-2019 12:04 PM
Stress dengan bulu dan taik kucing.
Quote domestobot 15-5-2019 12:06 PM
simpan houseplants je dalam ofis, kurangkan ketepuan karbon dioksida. tak berbau macam haiwan peliharaan.
Quote Sang_Pencinta 15-5-2019 12:08 PM
Kalau ada orang yg khas membersihkan OK lah kot

Atau pet sendiri, sendiri jaga dan cuci bersih
Quote Artemesiaa 15-5-2019 12:12 PM
Kalau yang jenis suka duduk setempat ok je.  Tapi kalau jenis suka ronda sana sini mesti ada dikalangan  rakan sekerja lain akan rasa kurang selesa terutama kalau yang jenis tak suka haiwan
Quote paz 15-5-2019 12:24 PM
Bestnya, kan best kalau boleh.
Quote mziskandar 15-5-2019 12:37 PM
drpd bwk hewan, baik bwk anak, bini, mak pak, sedaramara, gf, skandal, jiran dll (yg pandai menggunakan toilet)
Quote harkktuih 15-5-2019 12:38 PM
pastu pet bergaduh dlm opis.. stress
Quote mesmerize 15-5-2019 12:45 PM
tak payah la.. jahanam segala cables kat opis tu diorang gigit2 n buat main kang..
ai punya ipad cover pun ranap kucing ai cakar..
Quote merrissa 15-5-2019 01:11 PM
mesmerize replied at 15-5-2019 12:45 PM
tak payah la.. jahanam segala cables kat opis tu diorang gigit2 n buat main kang..
ai punya ipad co ...

sama la kucing aku...hancus sofa jadi roti jala...dek aktiviti mencakar nya....degil xleh ditegur xleh diajar...tp sib bek comel
Quote sakurahati 15-5-2019 01:17 PM
Bwk gi pejabat takut hilang plak kucing tu nanti..kucing kalau bkn kawasan dia, biasanya dia takut..
Quote mesmerize 15-5-2019 01:21 PM
merrissa replied at 15-5-2019 01:11 PM
sama la kucing aku...hancus sofa jadi roti jala...dek aktiviti mencakar nya....degil xleh ditegur  ...

ai punya sofa ai cover ngan cadar  tak bagi diorang cakar.. bila ada orang datang baru bukak cadar tu..
yang geram tu ai dah beli cat scratcher harga rm15 gigih jugak nak cakar benda2 lain.. dekat rm200 tu harga ipad cover tu
Quote CharlesDera 15-5-2019 01:31 PM
penduboq2 etis memang suka men dengan binatang..depa kata bukan salah di sisi moral...hanya pantang taboo ja...wakakakakakakkakakakakkakaka
Quote saviour_09 15-5-2019 01:34 PM
kalo aku bawak kucing aku berbelas ekor tu datang

tsunami ofis ni!
Quote Sang_Pencinta 15-5-2019 01:39 PM
mesmerize replied at 15-5-2019 01:21 PM
ai punya sofa ai cover ngan cadar  tak bagi diorang cakar.. bila ada orang datang baru bukak cadar ...

Ganasnya kucing kau
Quote Melorqe 15-5-2019 01:44 PM
mesmerize replied at 15-5-2019 12:45 PM
tak payah la.. jahanam segala cables kat opis tu diorang gigit2 n buat main kang..
ai punya ipad co ...

bawak tikus.
esok habis bilik dokumen kena ratah dgn tikus.

Quote asudau 15-5-2019 01:48 PM
bela ikan sudah
Quote acikhan 15-5-2019 01:54 PM
Haku time keje dulu memula Ade akak sorg tu bwk ikan kecik2 tu die kata amik Kat longkang umah die, n letak dlm bowl kaca hias ngan mcm2 Batu la, rumpai cikit letak atas meja...die kata terapi Kalo stress Kat ofis, n x lama pastu haaa amik, satu opis production tu semua pakat nak ikan tu wat hiasa atas meja...mmg btl pun pandang ikan je terus ilang stress

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.097617 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top