CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

"Padu, Ramai Tersentuh" - Lagu Nasyid Trending No 1, Kalahkan Ed Sheeran Dan Justin Bieber

16-5-2019 02:39 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11056| Komen: 66|Original author: Oleh: Azza

Description: Di kala industri hiburan ketandusan lagu-lagu dakwah Ramadan kali ini, 'Sesungguhnya' muncul nombor satu dan trending di Youtube saat ini.Lagu yang sudah berusia 22 tahun dendangan Raihan ini diberi n ...
Di kala industri hiburan ketandusan lagu-lagu dakwah Ramadan kali ini, 'Sesungguhnya' muncul nombor satu dan trending di Youtube saat ini.

Lagu yang sudah berusia 22 tahun dendangan Raihan ini diberi nafas baru dengan gandingan penyanyi bersuara lunak, Alif Satar.


 
Sejak dilancarkan pada 10 Mei lalu, ia sudah tular apabila meraih lebih 3.4 juta tontonan di Youtube dan mendapat sambutan hangat daripada generasi lama serta baru.

Satu pencapaian yang mengagumkan untuk lagu dakwah sekaligus mengimbas kembali kegemilangan kumpulan harmoni ini.


Ironinya, ia pernah dirakamkan Raihan ketika Alif berusia tujuh tahun. Malahan Alif di laman Instagramnya  turut mengagumi 
kehebatan Raihan lalu menyifatkan kolaborasi bersama kumpulan itu adalah satu mimpi yang jadi kenyataan.

“Guys, thank you for 1 million views on youtube ‘Sesungguhnya 2019’. Alhamdulillah… A dream come true working with my heroes growing up,” tulisnya.

Sebagai kumpulan yang pernah mengembara ke pelbagai negara termasuk ke Eropah, Raihan turut mempunyai peminat yang pelbagai. Hinggakan ada yang meminta terjemahan lagu Sesungguhnya untuk difahami.




Apa yang pasti, lagu Sesungguhnya 2019 yang sudah berusia 22 tahun itu memang sangat indah, merdu dan senikatanya sangat bermakna.  - CARI 

3

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • MoFirdaus


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 16-5-2019 02:48 PM
Aku dengar kat Suria FM hari tu terus cari rupany dak alip sama Raihan..
Quote ninjago 16-5-2019 02:49 PM
Edited by ninjago at 16-5-2019 02:02 PM

lagu Sebenarnya nie mmg menusuk kalbu bait2 lirik dia.. keep up the good stuff aliff! teruskn berkarya, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi!
Quote helicornia 16-5-2019 02:51 PM
kenapa aku rasa versi asal with nazrey lagi best
Quote MoFirdaus 16-5-2019 02:52 PM
ninjago replied at 16-5-2019 02:49 PM
lagu Sebenarnya nie mmg menusuk kalbu bait2 lirik dia.. keep it up the good stuff aliff! teruskn ber ...

Aliff Satar ok...kesian dia disebabkan Aliff Aziz buat hal dia yang kena.....
Quote nazzse 16-5-2019 02:54 PM
Nangis dengar lagu ni..liriknya tu mendalam..
Jangan Indon claim sudah
Quote chandrahusin 16-5-2019 02:56 PM
helicornia replied at 16-5-2019 02:51 PM
kenapa aku rasa versi asal with nazrey lagi best

sama dgn aku
aku dgr version Aliff
terus cari version Nazriey
Nazriey lagi menghayati
Quote ninjago 16-5-2019 03:01 PM
MoFirdaus replied at 16-5-2019 01:52 PM
Aliff Satar ok...kesian dia disebabkan Aliff Aziz buat hal dia yang kena.....

hahahhaa!! tau2.. aliff satar. kesian dia terpalit skali. msti bengang gila dia kat aliff aziz
Quote zulka 16-5-2019 03:02 PM
versi asal lagi best suara dia.. Nazriey punya suara best
Quote Kurex 16-5-2019 03:09 PM
Lagi best nazriey. Serious!
Quote Orix 16-5-2019 03:23 PM
lagi suka nazri raihan punya version...........
Quote ais_kosong 16-5-2019 03:36 PM
nazri punya version lagi mendayu
Quote rabiatul87 16-5-2019 04:02 PM
Best giler Alif Satar ni. Tenang je dengar dia nyanyi nasyid.
Quote lampor 16-5-2019 04:04 PM
Mamat itsdro pun rasa sebak masa reaction lagu ni.. padahal dia tak paham sepatah pun
Quote laksmanabentan 16-5-2019 04:05 PM
nazrey pun version lebih lemak merdu gitu...
alif satar pun version merdu version maskulin...
Quote lolita737 16-5-2019 04:12 PM
lirik lagu ni mmg padu dan sangat menyentuh hati..

saya pernah dodoikan anak dengan nyanyi lagu ni..mmg rasa sebak sangat..

dua2 version saya suka..masing2 ada kelainannya dan cara penghayatannya..

semalam dengar kat kool fm pun boleh rasa sebak sampai meleleh air mata..
Quote archerfahid 16-5-2019 04:26 PM
Feel lagu nie masih sama mcm dulu kala.. Menusuk ke kalbu ..keep it up aliff...
Quote aurorae 16-5-2019 05:08 PM
Edited by aurorae at 16-5-2019 05:09 PM

[youtube]2yZHpgfZmCw[/youtube][youtube]tgQibpVg3CM[/youtube]

Lagu Raihan yang paling aku suka
Quote fadz84 16-5-2019 05:39 PM
chandrahusin replied at 16-5-2019 02:56 PM
sama dgn aku
aku dgr version Aliff
terus cari version Nazriey

Mmg ustaz nazriey pun yg buat lagu ni.. so dia nyanyi daripada hati.. byk2 lagu raihan lagu ni yg I plg suka..
Quote bottombikini 16-5-2019 06:02 PM
aku suka versi alif ni
mula la potong bawang dengo lagu ni

tingat tragedy hati pecah masa dgn first love zaman tu
kaset lagu ni la dok ulang2..huhu

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.055353 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top