FOTO INSTAGRAM Sekelip mata sahaja berita suaminya yang curang sampai kepada pengetahuan Bella Astillah. Menerusi kenyataan terbarunya di Instagram. Bella akan teruskan kehidupan tanpa Aliff Aziz dan mahu memulakan hidup baru dengan anak mereka, Ayden Adrean. Namun dia tetap tidak akan berpisah dengan Aliff Aziz demi kebaikan anak lelakinya.
Bella mengucapkan terima kasih kepada semua netizen yang berusaha menasihatkannya di instagram di atas kemelut rumah tangganya. Ramai yang berniat baik dan mengambil berat tentangnya. Dan ada juga yang mengganggap dia manusia paling bodoh kerana tetap mahu mempertahankan Aliff Aziz. "Saya telah membuat keputusan untuk teruskan hidup tanpa Aliff demi kebaikan anak saya. Saya amat hargai jika anda semua berhenti menghantar mesej secara peribadi dan menghubungi saya untuk memberikan kenyataan mengenai isu ini. Saya harap semua pihak menghormati keputusan saya dan beri sedikit ruang kepada saya bagi mengharungi tempoh sukar ini," tulisnya. Ramai juga yang mengesah agar Bella Astillah segera tinggalkan suaminya itu kerana bimbang dia dan anak dijangkiti HIV. Apa pendapat anda? - CARI |
ADVERTISEMENT