CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Britney Spears Dakwa Ayah Paksa Makan Ubat, Masuk Pusat Rawatan Mental

15-5-2019 12:02 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5797| Komen: 15|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Kisah Britney Spears dan ayahnya semakin panas apabila Britney telah menfailkan satu permohonan di mahkamah untuk dilepaskan di bawah penjagaan ayahnya.

Dalam perbicaraan tertutup di mahkamah Los Angeles minggu lalu, Britney memohon agar perintah mahkamah terdahulu pada tahun 2008 yang memberikan kuasa kepada ayahnya untuk membuat semua keputusan bagi pihaknya perlu dibatalkan.


Kredit foto: Carian Google
Britney memberitahu mahkamah bahawa ayahnya memaksa dia untuk makan ubat dan memasuki sebuah pusat rawatan mental tanpa kerelaannya. 

Penyanyi berusia 37 tahun itu mendakwa ayahnya, Jamie Spears, 66, terus-terusan memaksanya memakan ubat walaupun Britney tidak mahu lagi meneruskan rawatan yang diberikan doktor kerana dikatakan tidak berkesan.



Kredit foto: Carian Google
Kenyataan Britney itu disokong oleh ibunya, Lynne Spears, 64, yang telah bercerai dengan Jamie beberapa tahun dahulu. Selesai memberikan kenyataan kepada hakim, Britney terus meluru keluar dari mahkamah berkaki ayam dan disambut oleh sorakan peminatnya yang memegang sepanduk #FreeBritney.


Kredit foto: TMZ
Bagaimanapun menurut dakwaan ayahnya, ubat-ubatan yang diambil  oleh Britney selama ini berjaya memberikan kestabilan kepada hidup Britney tetapi dia kembali huru-hara selepas termakan pujuk rayu pihak tertentu untuk berhenti makan ubat dan menghasut Britney bahawa ayahnya hanya ingin membolot hartanya.


Melihat hidup Britney kembali goyah, Jamie telah memaksanya untuk memasuki sebuah pusat rawatan mental pada 3 April lalu tetapi hanya bertahan selama 30 hari. Britney mendakwa walaupun ayahnya diberikan mahkamah kuasa menentukan arah hidupnya tetapi ianya perlu mendapat persetujuannya terutamanya perihal ubat dan rawatan.


Kredit foto: TMZ
Lynne, yang bercerai dengan Jamie pada tahun 2002 pula menyokong semua tindak tanduk Britney. Mereka berpegangan tangan keluar daripada mahkamah. Menurut laporan, Lynne meminta mahkamah memindahkan kuasa penjagaan dan harta Britney ke tangannya bagaimanapun Britney pula tidak mahukan sebarang kuasa penjagaan kerana kini yakin mampu menjaga dirinya sendiri.

Menurut laporan People, mahkamah belum membuat keputusan atas permohonan Britney itu dan meminta penyanyi itu mendapat pengesahan mental daripada doktor pakar terlebih dahulu.


Kredit foto: Carian Google
Nampaknya sejarah kisah hidup Britney pada tahun 2008 akan kembali lagi jika tidak dirawat segera. Persoalannya, adakah Britney benar-benar sihat kini dan mampu membuat keputusan sendiri? -CARI

4

Bagus
4

Marah
9

Terkejut
8

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 15-5-2019 12:07 PM
Kesian, rasanya Britney akan kembali bermasalah sebab tak nak makan ubat
Quote electricopop 15-5-2019 12:55 PM
Hopefully she free from this conservatorship ni. If dia x bole kawal hidup sendiri, camne pulak bole g record albums, perform, touring bagai semua.
Quote azwanaliori 15-5-2019 01:01 PM
Dorg nk control duit britney..
Quote ikanmasin 15-5-2019 01:20 PM
nak lepas dr bapanya ..mak nya pl nak pgg..sian dia
Quote bulanbulat 15-5-2019 10:08 PM
Ada mentally ill patient had poor insight
Tak mau makan ubat. Dr akan work with family utk persuade, and if needed, paksa dia makan ubat
If malaysia gini la. X sure oversea camni ke tak. Kena tanya dr @ipes2
Quote ipes2 16-5-2019 12:52 AM
bulanbulat replied at 15-5-2019 10:08 PM
Ada mentally ill patient had poor insight
Tak mau makan ubat. Dr akan work with family utk persuad ...

terima kasih bulanbulat.

malangnya, tak boleh dipaksa untuk makan ubat2 tu.
boleh lah diadmit ke psychiatric hospital jika pesakit di section under Mental Health Act; tetapi untuk section ni, kena ada several criteria, paperworks dan signatures of 2 doctors at least. Ni jika pesakit tu di kira a major concern for tehmselves or others. masa tu, bolehlah intramuscular injections ke apa ke be given to the patients, esp jika ganas etc.
Quote CiliPadiSedap 16-5-2019 07:00 AM
Britney kenapa curang dengan budak umur 17 tahun? Xkasihan kan isteri ke?
Quote adeqo 18-5-2019 09:14 PM
Aku doakan yg terbaik utk dirinya. Masa dengar rumors tu aku igt tak betul.. tp byk da kuar bukti seakan2 betul bapak dia guna2 kan dia utk duit..

Aku menangis kot time dengar berita tu.. sangat sedih apa yg berlaku terhadap dia..

Tp aku mcm terfikir ada betulnya apa yg bapak dia buat.. sbb dia tak nak makan ubat..
setahu aku ubat mental ni kena makan seumur hidup utk stabilkan emosi dia..

Benda ni terjadi dekat mak sedara aku sendiri.. klau dia tak makan ubat.. mmg membahayakan.. always negative thinking, cakap sorang2, ketawa sorg2, suka ckp buruk pasal org, boros, tak percaya kat org,  n byk lagi laa.. boleh menangis kalau igt balik..

Aku harap my britney tak la sampai ke tahap tu..
she is my true inspiration. Love you no matter what my queen!

Love you forever n ever Britney!
Quote silentreaaders7 19-5-2019 04:50 PM
i feel sad for her.Speedy recovery
Quote Ivysaur 3-6-2019 11:51 AM
Tua dah Britney Spears 37 tahun
Quote Ivysaur 7-6-2019 01:22 PM
Ubat kena makan Britney. Ingat ada anak2 sapa nak jaga
Quote keds 11-6-2019 02:06 PM
kesian....muda lagi kot
Quote want2bhappy 12-6-2019 08:01 AM
Ivysaur replied at 7-6-2019 01:22 PM
Ubat kena makan Britney. Ingat ada anak2 sapa nak jaga

anak dia bukan laki dia jaga ke.. tu yg mintak bulan2 duit banyak betul..
Quote kualibesi 13-8-2019 10:43 AM
kesian. suara sedap, tp hidup miserable.
Quote MistrezHermanaz 20-8-2019 11:53 AM
muka dia pun dh lain byk dh..dulu dia cantik betul,muka lembut je pastu pandai menari

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.050868 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top