Kecewa bapa tiri kahwin lain, remaja perempuan bertindak terjun tingkat tiga bangunan rumah kedai, lapor Harian Metro. Kejadian jam 8 malam tadi di MJC, Batu Kawa di Padawan itu disedari adik lelaki mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah sewa selepas makan bersama ibu mereka.
Difahamkan, mayat mangsa berusia 16 tahun itu dilihat terbaring atas jalan ketika mereka melalui tepi bangunan berkenaan. Menurut laporan, bapa tiri mangsa bekerja di Singapura dan jarang pulang ke Kuching sejak berkahwin dengan wanita warga Vietnam. Sebelum itu, mangsa sempat memuat naik status menerusi Facebooknya mengatakan; "Wanna Quit Life I’m Tired". Dalam masa sama, mangsa membuat undian dalam Instagram pada jam 3 petang semalam dengan status ‘Really Important, Help Me Choose D/L’ iaitu D untuk mati dan L untuk hidup. Hasilnya, 69 peratus rakan memilih D, manakala 31 peratus lagi memilih L.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan mengesahkan kejadian berkata, seorang lelaki tampil ke balai untuk membuat aduan mengenai seorang perempuan tidak dikenali terjun dari bangunan dan berada dalam keadaan terlentang berlumuran darah di atas jalan. Tambah Aidil, sepasukan anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa parah di kepala, namun tidak menemui kesan lebam atau luka pada tubuhnya selain tiada unsur jenayah dikesan di lokasi. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) sementara menunggu bapa tirinya pulang sebelum dibedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). - CARI
|
monreyes replied at 14-5-2019 01:30 PM
ada skandal dgn ayah tiri ke..
fushimi replied at 14-5-2019 01:37 PM
ada juga yang berpikir cam iols pikir
yuki812: mak ko pun rilek je apak tiri ko kawin lain..yg ko ngelupur sampai bunuh diri..dah kenapa???org yg dok vote D tu rasanya saje je vote..vote suka2.buka ...
monreyes replied at 14-5-2019 01:30 PM
ada skandal dgn ayah tiri ke..
monreyes replied at 14-5-2019 01:30 PM
ada skandal dgn ayah tiri ke..
ADVERTISEMENT