11 adik-beradik sepakat untuk mengubah suai rumah pusaka keluarga mereka sempena hari lebaran yang akan tiba tidak lama lagi. Rumah yang dulunya usang kini kelihatan seperti baru. Mereka kemudiannya megongsikan gambar perubahan rumah tersebut di Facebook.
Norlinda dan adik-beradik berpakat untuk membaiki dan mengecat rumah peninggalan ibu bapa mereka. Foto: FB Apa yang menjadikan rumah ini istimewa adalah ia turut diberikan sentuhan tradisional dengan lukisan berbentuk kerawang pada bahagian hadapan rumah.
Menurut Norlinda, ibu bapa mereka sudah meninggal dunia sejak enam tahun lalu. "Setelah enam tahun arwah ayah dan ibu meninggalkan kami 11 beradik, upgrade rumah pusaka oleh anak menantu dan cucu," katanya. Tambahnya lagi, akan ada lagi fasa kedua untuk sesi makeover rumah tersebut untuk memperbetulkan atap rumah. Ini merupakan kesempatan untuk mereka sekeluarga berkumpul. Sambil memahat momen manis ini dalam memori mereka dan semestinya ia juga akan menyerikan lagi hari raya mereka semua. Kita seharusnya menjadikan inspirasi di atas usaha yang dibuat oleh keluarga ini. Semoga mereka tabah dalam menyambut hari lebaran tanpa ibu bapa di sisi. -CARI |
lattehazelnut: Selalu anak2 jual je rumah pusaka..
cicicumel replied at 16-5-2019 07:24 PM
kah3.. tukaar cat je pon. kot ye pon tukar la atap zink tu
ADVERTISEMENT