CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gara-gara 'Kthxbye', Papan Iklan Mamee Diturunkan Majlis Bandaraya Melaka

14-5-2019 09:59 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 10569| Komen: 58|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Menurut portal berita Malay Mail, sebuah papan iklan yang dipasang merentangi sebuah jejantas di Melaka telah diturunkan Majlis Bandaraya negeri itu (MBMB) atas arahan Datuk Bandar kerana mengandungi perkataan 'kthxbye' yang dikatakan kurang sesuai.



Kredit foto: Twitter, Harian Metro

Billboard itu mengiklankan makanan ringan keluaran Mamee yang menunjukkan maskotnya, Mamee Monster di samping tulisan 'kthxbye' yang bermaksud 'Okay, thank you, good bye' yang popular dalam bahasa perbualan di media sosial.

Arahan penurunan papan iklan oleh Datuk bandar Mansur Sudin itu dikatakan dikeluarkan selepas gambar jejantas yang terletak berdekatan Masjid Negeri Al-Azim itu manjadi tular. Alasan yang diberikan adalah bahasa yang kurang sesuai. 


Kredit foto: Twitter

Sejurus selepas diturunkan, sebuah papan iklan dinaikkan untuk menggantikannya dengan tulisan baru 'Semoga berjumpa lagi, bye bye'. 

Berkata kepada Astro Awani, Datuk Bandar memaklumkan iklan baru itu dinaikkan pada Jumaat, 10 Mei lalu.

'Syarikat perlu mendapatkan kebenaran MBMB sebelum menaikkan sebarang papan iklan dan kami biasanya akan menilai ksesuaian mengikut peraturan sebelum memberi kelulusan,' katanya. 

Tambahnya lagi, MBMB meluluskan semua papan tanda dalam Bahasa Malaysia asalkan tidak bertentangan dengan budaya setempat dan mesti menggunakan laras bahasa yang tepat.


Kredit foto: Harian Metro

Agaknya, Syarikat Mamee tersilap mengupah budak WeChat untuk menulis iklannya. Bagaimanapun, dari sudut positif iklan itu sempat tular dan menjadi bualan ramai. Ia satu keuntungan buat Mamee. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 14-5-2019 10:06 AM
patut pun...siapa faham kthxbye...
Quote EvieWanKenobi 14-5-2019 10:23 AM
setuju.. merosak bahasa je..
Quote RatuDunia94 14-5-2019 10:28 AM
Iols ingatkan selama ni sebutannya "KETEHEKBAI"
Quote pittjie 14-5-2019 10:32 AM
Ya Tuhan .. akak ke yang bengap tak leh decode nate tu?
Quote farrah87 14-5-2019 10:38 AM
x faham aku
Quote seri_mawr 14-5-2019 10:42 AM
baru aku tahu ada code mcm gini wujud....

Quote Sang_Pencinta 14-5-2019 10:46 AM
macam bahasa alien pula
Quote Artemesiaa 14-5-2019 10:52 AM
Gunakanlah Bahasa Malaysia standard lagi ramai orang akan faham maksudnya dari seperti papan tanda tu.  Pasti ramai hanya beranggapan huruf2 tu hanya sekadar hiasan sebab tak faham maksud ucapan yang cuba disampaikan.  Jadi baguslah dah dibawak turun.
Quote doubleA 14-5-2019 10:53 AM
Memang kena ganti pun bukan semua faham bahasa tu, kalau ada kt papan iklan macam tu kang disalahguna seolah2 perkataan rasmi pula
Quote kakanne 14-5-2019 10:58 AM
maknanya mamee naikkan poster bodoh tu tanpa kelulusan pbt..hamboii
Quote eLiaD 14-5-2019 11:03 AM
k' thx' bye' tu dh lma ujud nmpk weird coz bersambung
Quote kucingitam 14-5-2019 11:04 AM
RatuDunia94 replied at 14-5-2019 10:28 AM
Iols ingatkan selama ni sebutannya "KETEHEKBAI"

hahhahahaha...lahabau sangat bahasanya...

Quote prettyuglybabe 14-5-2019 11:15 AM
good job..
i ingatkan kth x bye tu code airport
Quote Orix 14-5-2019 11:15 AM
pittjie replied at 14-5-2019 10:32 AM
Ya Tuhan .. akak ke yang bengap tak leh decode nate tu?

Sama la chuols........
Quote mzzenma 14-5-2019 11:17 AM
mzz tau kthxbye tu.. tapi meolls bukan budak wechat..
Quote Sang_Pencinta 14-5-2019 11:23 AM
Siapa yg tak tahu tu bukan budak WeChat
Quote cap_ayam 14-5-2019 11:29 AM
Mmg sah bukan budak wechat.
Quote tagas 14-5-2019 11:30 AM
aku dpt pic wasap yg edit punye "selamat jalan, Hawau"
Quote hyie 14-5-2019 12:03 PM
alah penggunaan bahasa bagi tujuan pengiklanan tak perlu pon nak ikut rules tatabahasa bagai #whybother

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.134290 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top