Penyanyi Popular Indonesia, Opick didakwa berjaya membawa pulang seurat 'rambut Nabi Muhammad' yang dihadiahkan oleh pemerintah Turki dan pertubuhan agamawan.
Memetik dari laporan MalaysiaKini, rambut itu kini berusia 1,400 tahun Di sebalik kejayaan itu, perkara pelik telah berlaku semasa perjalanan pulang Opick dari Turki ke Indonesia. 'Ada hal yang mengagumkan iaitu sepanjang kami membawa rambut Rasulullah, awan melindungi kenderaan, baik di darat mahupun di udara,' katanya.
Menurut isteri Opick, Bebi Silvana sepanjang perjalanan mereka membawa rambut terbabit, awan-awan telah melindungi perjalanan berkenaan. Seolah-olah mereka sedang dijaga oleh suatu Kuasa Besar. "Kami disambut oleh para muhibbin dan media di lapangan terbang Soeta (Soekarno-Hatta) pada waktu siang dan subhanallah proses berjalan tanpa tergendala. "Kemuliaan buat Opick dan Indonesia diberi amanah untuk menjaga sehelai rambut Rasulullah SAW dari Dewan Mursyid Antarabangsa di Turki,'' katanya. Perkongsian itu dimuat naik oleh isteri Opick di akaun instagramnya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|