CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

70 Pelajar Diserang Histeria

27-9-2013 02:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6674| Komen: 71


Sebahagian pelajar lelaki SMK Tok Sera kelihatan letih dan lesu selepas mereka diserang histeria di sekolah itu, petang semalam

KUANTAN - [Dikemiskini] Sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sera gempar apabila sekurang-kurangnya 70 pelajar diserang histeria, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, pelajar lelaki dan perempuan yang terkena gangguan itu, meracau-racau dan lari bertempiaran di sekeliling bangunan sekolah sehingga menyukarkan para guru menenteramkan mereka.

Seorang bapa, Saifullizan Abdullah, 38, memberitahu, kejadian histeria itu sudah berlarutan agak lama dan lebih merisaukan dua anaknya, Emy Syazana, 16, dan Norsyafikah,  13, turut mengalaminya.

Menurutnya, kejadian histeria itu juga sudah berlaku berulang kali malah mengganggu pelajaran dua anaknya itu.

“Sejak kejadian tersebut, sikap kedua-dua anak saya berubah apabila menjadi kuat tidur dan lemah.

“Ketika dirasuk di sekolah, ada sesetengah pelajar didapati  tidak sedarkan diri dan ada mendakwa mendengar bisikan  yang menyuruh mereka terjun dari bangunan sekolah,” katanya.

Saifullizan berkata, paling membimbangkan apabila kejadian pelajar terjun dari bangunan sekolah pernah berlaku dua kali di lokasi yang  sama dan salah seorang daripada mangsa maut  pada Mei lalu manakala kejadian terbaru pada bulan lalu.

“Saya risau kejadian buruk ini akan mengganggu dua anak saya atau pelajar lain.

“Justeru, saya amat berharap tindakan segera dapat diambil bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Seorang pelajar yang enggan dikenali pula berkata, semasa kejadian, pihak sekolah mengambil inisiatif melaungkan azan bagi meredakan keadaan. Bagaimanapun, situasi menjadi lebih buruk  apabila para pelajar terbabit dikatakan semakin agresif dan marah apabila mendengarnya.

“Sekolah ini menjadi huru-hara apabila pelajar yang  diserang histeria berlari bertempiaran di sekitar sekolah.

“Keadaan menjadi kecoh apabila guru sukar untuk mengawal dan menangkap mereka untuk dibawa ke makmal komputer bagi diberikan rawatan,” katanya.

Katanya lagi, situasi itu bagaimanapun kembali tenang  apabila pihak sekolah memanggil seorang ustaz untuk memulihkan pelajar terlibat.

“Saya tengok kakak saya yang turut terkena histeria  terbaring dan kemudiannya sedar kembali selepas ustaz  memulihkan mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pahang, Rosdi Ismail  ketika dihubungi berkata, beliau masih menunggu laporan  mengenai kejadian tersebut dan akan menjalankan siasatan lanjut.

“Kita akan siasat kejadian ini selepas menerima laporan daripada pihak sekolah,” katanya.

1

Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shamsadis 27-9-2013 09:52 AM
tapi tak pernah korga aku diserang histeria...ermmm
Quote rospinki 27-9-2013 09:55 AM
senang je ubat dia..sediakan air simbah je kat budak2 tu...
Quote redz85 27-9-2013 09:57 AM
apsal eh jin marah sangat dgn orang melayu?
Quote NIXAR 27-9-2013 09:57 AM
shamsadis posted on 27-9-2013 09:52 AM
tapi tak pernah korga aku diserang histeria...ermmm

sekolah aku dulu ada kes budak laki histeria mai cikgu disiplin tampaq muka dia kiri kanan terus diam
Quote redz85 27-9-2013 09:58 AM
rospinki posted on 27-9-2013 09:55 AM
senang je ubat dia..sediakan air simbah je kat budak2 tu...

kau pernah tengok orang kena rasuk tak? simbah air tak jalan
Quote cikatilia 27-9-2013 09:58 AM
uiks
lelaki histeria

apakoh
Quote sapp73 27-9-2013 10:01 AM
ramai tu sampai 70 orang....boleh ku bayangkan bagaimana kelam kabutnya guru-guru dan kakitangan sekolah yang tak seberapa ramai tu tuk mengawal keadaan
Quote alepmama 27-9-2013 10:02 AM
kenapa zaman skrg ni yg konon urban banyak sgt sekolah kena serang histeria ek?
Quote pehbedah 27-9-2013 10:07 AM
alepmama posted on 27-9-2013 10:02 AM
kenapa zaman skrg ni yg konon urban banyak sgt sekolah kena serang histeria ek?

dak2 sekarang ramai yg stress...nak periksa stress...bayangkan nak amik paper UPSR boleh kata stress..tu yg cik Tan... suka bisik2...
Quote rospinki 27-9-2013 10:08 AM
redz85 posted on 27-9-2013 09:58 AM
kau pernah tengok orang kena rasuk tak? simbah air tak jalan

makesure air tu sebelum disimbah harus dibaca 3 kul 3 kali dan ayat kursi..telunjuk kanan kita didalam air mengacau air tu dalam melawan arah jam.
pernah lihat dulu..memang tk jalan pun, tapi kalau kena dengan kekuatan dalaman si penyimbah air tu ..makan bertempiaran lari jin2 yg menyakat dlm budak2 tu kerana air adalah musuh jin yg dijadikan dari api..serta bacaan2 tertsbut. Wallahuallam..

tak perlu bomoh atau pak imam...asalkan bersih dari hadas dan amal yg cukup insyaAllah diizinkan.

pengalaman masa kena kacau dalam base camp ni..aku sorang je perempuan, yg kena kacau lelaki


Quote redz85 27-9-2013 10:09 AM
rospinki posted on 27-9-2013 10:08 AM
makesure air tu sebelum disimbah harus dibaca 3 kul 3 kali dan ayat kursi..telunjuk kanan kita did ...

oohhh.. ingat air paip biasa aje
Quote siputsedut 27-9-2013 10:09 AM
shamsadis posted on 27-9-2013 09:52 AM
tapi tak pernah korga aku diserang histeria...ermmm

sedara aku ade...histeria kat laman rumah menggelupur di tengah2 malam sambil pegang parang...tp peliknya..penyakit histeria dia sembuh lepas bagi kawin..tak yah panggil ustaz ustazah pon rupa-rupanya dia nak kawin dengan laki orang tapi parents tak bagi
Quote rospinki 27-9-2013 10:12 AM
miawpink..comelnya avatar kucen tu ..kenmain lagi dgn wig kaler ping dia..eeee...
Quote miawpink 27-9-2013 10:15 AM
rospinki posted on 27-9-2013 10:12 AM
miawpink..comelnya avatar kucen tu ..kenmain lagi dgn wig kaler ping dia..eeee...

hihi tq  
ni kucing gedik nk ber wig


Quote rospinki 27-9-2013 10:17 AM
miawpink posted on 27-9-2013 10:15 AM
hihi tq   
ni kucing gedik nk ber wig

gedik sgt kucen tu...apa la yg ditaipnya beriya2 sgt
Quote miawpink 27-9-2013 10:17 AM
rospinki posted on 27-9-2013 10:17 AM
gedik sgt kucen tu...apa la yg ditaipnya beriya2 sgt

taip gosip tu
fefeling repoter
Quote Tokcai 27-9-2013 10:18 AM
Kekadang ade yg buat2 histeria. Bg penampar trus diam. Haha.
Quote rospinki 27-9-2013 10:20 AM
miawpink posted on 27-9-2013 10:17 AM
taip gosip tu
fefeling repoter

patutla gosip makin hangat kt tred CI ni ...si kucen gedik ni la punya keje
Quote miawpink 27-9-2013 10:22 AM
rospinki posted on 27-9-2013 10:20 AM
patutla gosip makin hangat kt tred CI ni ...si kucen gedik ni la punya keje

shhhh dendiam

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.153414 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top