CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bapa Cuai, Budak 3 Tahun Putus Jari Duduk Atas Eskalator

13-5-2019 12:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3405| Komen: 6

Kecuaian ibu bapa menyebabkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun putus sebahagian jarinya selepas tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah di Sichuan, China.



Memetik Shanghaiist, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan menunjukkan mangsa sedang duduk di atas eskalator yang sedang bergerak turun.



Bagaimanapun, sebaik dia cuba bangun apabila tiba di bawah, jarinya tersepit pada eskalator berkenaan sebelum ibunya yang berdiri tidak jauh daripadanya menarik tangan mangsa.

Namun, tindakan pantas wanita itu mengeruhkan lagi keadaan apabila ia menyebabkan sebahagian jari anaknya putus.




Sementara itu, pihak pusat beli-belah itu dikatakan enggan bertanggungjawab atas kejadian berkenaan kerana ia berpunca daripada kelalaian ibu bapa sendiri.


Foto: Shanghaiist

Tambahan pula, ada banyak tanda amaran disediakan di sekitar pusat beli-belah terbabit dan ibu bapa sepatutnya lebih berwaspada dan mengawasi anak mereka. - CARI


3

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Cari-Azza


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 13-5-2019 01:15 PM
orang lain beranak ko pun nak beranak..
jaga anak malas..
boleh pulak biar anak duduk main macam tu..
Quote Artemesiaa 13-5-2019 01:23 PM
Sendiri yang biarkan benda terjadi maka mendapatlah jawabnya
Quote ikanmasin 13-5-2019 02:08 PM
dah tau benda tu bergerak non stop..apasal lah biarkan
anak tu ddk pl.dah byk kes kan..cuai btl mak bapa nya ni..
Quote mieymiey 13-5-2019 02:21 PM
Kesian kat anak dapat makpak cenggini. Tak pepasal hilang jari.
Quote palmolive 13-5-2019 04:20 PM
dia dah tak mau jari tu..biar la
Quote giyomi 13-5-2019 06:57 PM
sendiri cuai pastu nak mintak gantirugi dr gedung tu. mmg mintak kaki.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.042291 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top