CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Macam Guna MS Word Je Ni" - Poster Sasterawan Negara Ini Dianggap Sendu, Netizen Minta Tukar Baru

16-5-2019 12:45 PM| Diterbitkan: ElFateh| Dilihat: 7329| Komen: 29|Original author: Oleh: El Fateh

Description: #malaysiamembaca #sasterawannegara #poster #kpm


Kemunculan poster bagi mewarwarkan program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Dari Minda ke Tinta Ilmu: Menghargai Sasterawan Negara bersempena dengan Majlis Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019 dianggap sangat tidak menarik oleh para pereka grafik Malaysia. Disebabkan rekabentuk poster program ini juga, ia dikatakan memperlekehkan Tetamu Undangannya iaitu Sasterawan Negara  YBhg. Dato' Seri A. Samad Said.

Pada pandangan pereka-pereka grafik ini, reka bentuk poster program tersebut sepatutnya lebih menarik sesuai dengan imej Kementerian dan Tetamu Undangannya. Mereka juga mempersoalkan siapakah yang mereka bentuk poster tersebut dan bagaimanakah ianya boleh diluluskan untuk sebaran awam.

Ada juga yang mempersoalkan adakah ini tahap pereka grafik di Kementerian berkenaan dan apakah rekabentuk tersebut dilakukan dengan menggunakan MS Word atau MS Power Point.


Susulan daripada itu, pelbagai poster baru telah dimuatnaik ke internet sebagai alternatif kepada poster berkenaan.

Sememangnya reka bentuk poster-poster yang dicadangkan ini sangat menarik. Menurut perekanya, cadangan ini hanyalah alternatif dan dilakukan tanpa sebarang permintaan atau bayaran. Pereka-pereka ini berharap agar tahap reka bentuk tempatan dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik. 


Isu ini juga dianggap cabaran oleh sebahagian pereka grafik dalam menghasilkan hasil kreativiti yang lebih menarik. Dalam pada masa yang sama, diharapkan Kementerian lebih peka dan mengambil berat akan isu ini bagi menjaga nama baik dan imej Kementerian dan Negara.


Pada penulis, tidak kisah apa pun aplikasi yang digunakan asalkan hasilnya menarik dan mencapai objektif.  Bagaimanapun, ketelitian dan kesungguhan sangat diharapkan kepada pihak terlibat bagi meningkatkan martabat negara. Mungkin isu ini dipandang remeh, namun reka bentuk yang menarik memberi kesan yang besar kepada pelaksanaan sesuatu program. Reka bentuk yang menarik menunjukkan tahap kepentingan serta membantu menarik lebih ramai peserta ke program berkenaan. Disebabkan itu, produk-produk yang laris hadir di dalam packaging yang menarik. - CARI 

Kredit: FB Graphic Designer Malaysia

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 16-5-2019 12:54 PM
Rajin btol deme deme ni..
Quote whadda 16-5-2019 01:00 PM
memang kalakar la yang first tu.. gambar samad said tu macam gaya aku crop gambar kat telefon je
Quote Pink_Purple 16-5-2019 01:01 PM
dah lepas pun

13 mei
Quote tumpanglalu74 16-5-2019 01:11 PM
whadda replied at 16-5-2019 01:00 PM
memang kalakar la yang first tu.. gambar samad said tu macam gaya aku crop gambar kat telefon je :lo ...

Pilihan warne bangang sempena Hari Bangang tempohari kah?
Quote Asdan 16-5-2019 01:25 PM

bukan sebab guna apa, tapi pemilihan color,
Quote babablec 16-5-2019 01:29 PM
Sekarang dah 16 mei dah pun.
Buang duit je nak buat lain
Quote missinpiece 16-5-2019 01:31 PM
Hurmmm maybe yg tukang buat tu ingat dah habis lawa dia buat tu.
Maybe jugak jenis ignorance over confident mcm budak yg buat video majlis org kahwin tu.
Kadang penat2 buat keje free org kiri kanan tukang kutuk kutuk dan kutuk konon beri komen membina disaat tugasan tu sejam lagi nak hantar.
Penting sebenarnya pendapat org ketiga.
Paling x suka pesen nak semua benda free dengan hasil kerja grand nak siapkan petang ni pagi2 esok nak hantar
Quote haruslah 16-5-2019 01:44 PM
tu seni la
korang mane tau seni
halussss....sastera
tersurat dan tersirat
paham?
Quote tobby 16-5-2019 01:47 PM

Quote tobby 16-5-2019 01:48 PM
beliau merupakan antara senarai mangsa yg kena kencing....




Quote tobby 16-5-2019 01:49 PM
seorang lagi mangsa kencing PH




Quote helicornia 16-5-2019 07:48 PM
gelinya misai dan janggut tu..kenapa tk nak kemaskan diri
Quote Paiya 16-5-2019 07:53 PM
helicornia replied at 16-5-2019 07:48 PM
gelinya misai dan janggut tu..kenapa tk nak kemaskan diri

itu trademark dia



Quote bezita60 16-5-2019 08:39 PM
Bila Sasterawan main politik hancing.
Harap sempat taubat. Sebab dia lah ramai anak muda terus dikencing
Quote tobobon 16-5-2019 09:22 PM
buat cantik2 pun bukan ramai nak dtg..cer bubuh dato' siti sebagai retis jemputan ker
Quote putericahaya999 17-5-2019 09:19 PM
Huduhnya
Sekian drp buta seni
Quote Kukabelly 17-5-2019 11:00 PM
Ini bukan namanye sendu. Tapi x nak guna grafik designer buat design. Jadi buat le sendri
Quote chinta89 20-5-2019 02:15 PM
Ya Rabb.. sedih sgt gmbr first tu
Quote anakmak 20-5-2019 03:16 PM
bukan susah sangat pun nak buat poster yg dihantar oleh pereka2 grafik tu

apesal KPM official buat poster macam project budak darjah 3

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.051123 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top