CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Puasa 21 Jam! Ini Ranking Negara Dengan Tempoh Puasa Terpanjang Di Dunia. Di Mana Kedudukan Malaysia?

13-5-2019 11:26 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4409| Komen: 14|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Disebabkan faktor geografi dan keadaan cuaca menyebabkan cabaran berpuasa berbeza-beza di antara sesebuah negara. Selain itu tempoh berpuasa juga berlainan. Tahukah anda bahawa ada antara negara yang berpuasa selama 21 jam?


Sebuah laman, CupoNation Indonesia telah menyusun ranking tempoh berpuasa dari yang paling panjang sehinggalah yang paling pendek bagi tahun 2019. Tahukah anda di mana kedudukan negara Malaysia?


Kredit foto: Carian Google
Menurut ranking itu, umat Islam di Greenland akan menunaikan ibadah puasa paling panjang di dunia, selama 21 jam 42 minit sehari pada penghujung Ramadan dan 19 jam 35 minit pada awal Ramadhan. Kedudukan ini disusuli oleh Iceland (21:39), dan Finland (20:21).



Kredit foto: Cupo Nation
Manakala bagi tahun 2019, umat Islam di New Zealand pula berpuasa paling pendek selama 11 jam 10 minit pada penghujung Ramadhan dan 11 jam 54 minit pada awal Ramadan. Kedudukan ini diikuti oleh Argentina (11:37) dan Australia (11:38).


Kredit foto: Cupo Nation
Bagaimana pula dengan negara Asia? Tempoh berpuasa paling panjang ialah negara Bangladesh (15:09) dan paling pendek ialah Timor Leste (13:04). Malaysia pula antara tempoh puasa paling pendek, iaitu di kedudukan ke-5 Asia (13:46). 


Kredit foto: Cupo Nation
Berdasarkan ranking ini, negara-negara majority Islam seperti Indonesia, Malaysia, dan Brunei menjalani tempoh ibadah puasa paling singkat di dunia dan mendominasi  kedudukan Top 15.


Satu kelebihan bagi negara-negara yang terletak di Asia Tenggara. Dan sudah pastinya dugaan berpuasa yang lebih buat umat Islam di negara-negara lain. -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 13-5-2019 12:54 PM
Teringat satu ketika dulu ramai yang suka bercuti ke Aussie time bulan posa ni sebab boleh berbuka awal dari di Malaysia
Quote ninjago 13-5-2019 03:48 PM
bersyukur duk kt Malaysia..
Quote Supersirap 13-5-2019 06:07 PM
thanks for the info
Quote husie91 14-5-2019 03:30 AM
WOW menarik{:smile
Quote kakyungpilah85 14-5-2019 08:50 AM
tempoh puasa terpendek pon masih ade lagi tua bangka yang tak uzur malah gagah perkasa tu xleh berpuasa...malu la sikit kat budak2 yang boleh berpuasa satu hari penuh tu..ni kalau hantar ke negara2 yang tempoh puasa panjang tu maun mati masing2 agak eh
Quote MakareyumSuciey 14-5-2019 12:03 PM
Artemesiaa replied at 13-5-2019 12:54 PM
Teringat satu ketika dulu ramai yang suka bercuti ke Aussie time bulan posa ni sebab boleh berbuka a ...

Kena tengok jugak puasa bulan berapa...kalau puasa bulan jan...feb...pukul 8 lebih baru buka.
Quote Artemesiaa 14-5-2019 02:35 PM
MakareyumSuciey replied at 14-5-2019 12:03 PM
Kena tengok jugak puasa bulan berapa...kalau puasa bulan jan...feb...pukul 8 lebih baru buka.

Betul tu tapi sejak beberap tahun kebelakangan ni masih awal dari Malaysia sebab bulan puasa jatuh dalam bulan 5/6/7/8.
Quote MakareyumSuciey 14-5-2019 04:17 PM
Artemesiaa replied at 14-5-2019 02:35 PM
Betul tu tapi sejak beberap tahun kebelakangan ni masih awal dari Malaysia sebab bulan puasa jatuh ...

Harus...kalau bulan poser jatuh awal tahun...lets ke belah2 utara hemisfera...confirm buka cepat...hehe
Quote Foxey 25-5-2019 05:46 PM
Menanges kalau kena berpuasa di Greenland
Quote najib888 25-5-2019 06:17 PM
Haa.. Muslim haters suka sangat guna jadual puasa yang panjang ni sbgai rutin hencapan terhadap keadilan dalam Islam.. katanya Nabi Muhammad tak tau yg tempoh berpuasa ni akan menyeksa manusia kat sesuatu benua yg lain dari Arab.

Padahal, ada je kaedah digunapakai untuk umat Islam yg berpuasa  ketika waktu siang lebih panjang dari waktu malam.

Quote groundfloor 25-5-2019 07:13 PM
kakyungpilah85 replied at 14-5-2019 08:50 AM
tempoh puasa terpendek pon masih ade lagi tua bangka yang tak uzur malah gagah perkasa tu xleh berpu ...

Haha...betul2...anak iol yg standard 1 tahun ni pun puasa penuh setakat ni. Dlm kul 5 petang baru start bertanya lambat lg ke nak berbuka.
Quote pcr13 25-5-2019 07:49 PM
Baru je minggu lepas berpuasa 18 jam. Memang tough. Berbuka dekat 9 malam, lepas tu pukul 2 pagi dah kena bangun sahur. Tak sempat hadam lagi makanan berbuka tu.
Quote awekz_gedik 25-5-2019 09:45 PM
pengalaman berpuasa selama 20 jam adalah yg plg best sbb x terkejar2 nak sediakan hidangan berbuka, ada byk masa sebelum waktu berbuka, dapat bertadarus dll.. x terasa penat pon sebenarnya walaupun 20 jam x makan minum... bile winter nak ganti puasa, walopon 6 jam puasa, dugaan die lagi dasat, sbb mase winter, cepat rasa lapar dan haus gila2.. 6 jam tu terasa macam 20 jam...
mostly negara2 yg puasa dlm tmpoh yang sgt lama ni, mcm greenland, norway, sweden, mereka ada option utk follow waktu berbuka tanah arab atau ikut waktu biase negara tu... kalau ikut waktu arab, solat semua pon follow waktu arab dan ada kiraannya... so kalau choose waktu arab, nanti bile ganti puasa masa winter pon kene ikut jugak waktu arab... hehehehe
Quote Abot 1-6-2019 05:09 AM
bersyukur sguh kite kan...  ni pun ramai yg x nk pose..  kalau dok tmpt 22jam tu lg la semua x puasa {:smile

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.176531 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top