CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Gara-Gara Nama Nurul, Peserta Unduk Ngadau Terpaksa Bawa Surat Pembaptisan

13-5-2019 11:35 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 21701| Komen: 81|Original author: Sang_Pencinta

Bahang kemeriahan sambutan perayaan Kaamatan atau Pesta Menuai di Sabah kini semakin terasa di Negeri Sabah menjelang kemuncak pada 30 dan 31 Mei nanti yang akan diadakan di Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Penampang Sabah.


Kredit foto: Nick Photography 
Perayaan terbesar negeri yang disambut oleh suku Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) ini bakal menampilkan pelbagai acara tradisional dan selalunya dihadiri oleh puluhan ribu pengunjung. Salah satu daripada acara yang menjadi tumpuan ramai ialah pertandingan ratu cantik tradisi, Unduk Ngadau iaitu memilih sumandak atau gadis yang mewakili semangat Huminodun, lagenda terkenal suku kaum itu.


Kredit foto: Astro News
Sebanyak 60 daerah seluruh Sabah akan menghantar wakil masing-masing dan tahun ini kontroversi tercetus apabila seorang peserta Unduk Ngadau peringkat Daerah Kota Marudu hampir ditolak gara-gara namanya yang menyerupai nama gadis Melayu memandangkan peserta beragama Muslim sememangnya dilarang daripada menyertai acara itu.


Kredit foto: Borneo Post
Nurul Yanadido, seorang gadis Dusun terpaksa membawa bersamanya Sijil Baptisan kerana namanya. Berikutan itu, Nurul menjadi trending di media sosial kerana masih ramai yang keliru mengenai pengunaan nama-nama di Sabah yang mempunyai kemiripan dengan nama Melayu walaupun berketurunan KDMR dan beragama bukan Muslim. Uniknya lagi, ramai warga Bumiputera Sabah turut menggunakan BIN dan BINTI dalam kad pengenalan mereka.



Kredit foto: Facebook
Malam Ahad lalu, tuah viral nampaknya menyebelahi Nurul apabila beliau berjaya memenangi gelaran Unduk Ngadau peringkat daerahnya dan bakal bersaing dengan 60 gadis lain di KDCA pada hari kemuncak nanti. Dengan kebolehan berbahasa ibunda dengan lancar, Nurul berjaya menewaskan peserta yang lebih berpengalaman walaupun inilah penyertaan pertama gadis belasan tahun itu.


Tahniah dan semoga berjaya kepada sumandak ini di KDCA nanti! -CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 13-5-2019 11:36 AM
cantik si nurul ni...

ada harapan jadi artis...
Quote manehnya 13-5-2019 11:50 AM
cantiknye she..

jgn nti dh pemes, p kawein ngan ahli politik pastu pencen dr kerjaya
Quote Sang_Pencinta 13-5-2019 12:01 PM
Ada harapan menang di KDCA ni, cantik
Quote SWORKS27 13-5-2019 12:09 PM
cantit jugak ini nurul
Quote hasniey 13-5-2019 12:15 PM
Comelnye nurul..mmg lyk mng
Quote RatuDunia94 13-5-2019 12:26 PM
Its about time kot semua wanita di malaysia dibenarkan menyertai any pertandingan ratu cantik x kira la agama apa.. its a human choice..
Quote Artemesiaa 13-5-2019 12:42 PM
Zaman sekarang ni tak boleh klasifikasikan agama seseorang tu hanya sekadar dari namanya je
Quote Themilo 13-5-2019 12:52 PM
cantiknya sheols...
Quote kechikchomel 13-5-2019 12:54 PM
macam kawan iolss la...nama NUR xxx BINTI xxx. tapi kristian
yg lagi sorang tu nama cam kristian tapi islam

Quote Meiizu 13-5-2019 12:58 PM
macam mix je nurul ni...
Quote Sang_Pencinta 13-5-2019 01:04 PM
Gadis2 Sabah ramai yg cantik2 tapi muncul masa Unduk Ngadau sahaja

Miss World , Miss Universe jarang muncul

Mungkin segan nak pakai bikini
Quote iwansa 13-5-2019 01:09 PM
jgn ikut zizie, kawin ngn bong,
Quote nabila11 13-5-2019 01:18 PM
Cantiknya. Putih mulusss
Quote K_Lily 13-5-2019 01:25 PM
cantik-cantik diorang ni, masuklah ratu malaysia...
Quote izwan_izi 13-5-2019 01:32 PM
Alaaa...unduk ngadau clash dgn bulan pose la plakk...tak boleh ke drag tarikh sikit ke hari raya ke..baru seronok sikit mau jalan2 di kk sana..
Quote armin 13-5-2019 01:34 PM
RatuDunia94: Its about time kot semua wanita di malaysia dibenarkan menyertai any pertandingan ratu cantik x kira la agama apa.. its a human choice..


Mengamuk la lebai2 nanti. Deyols kan menggelupur kalau pasal aurat wanita islam. Sambil2 tu mata terjegil jugak kalau tgk pompuan seksi
Quote Sang_Pencinta 13-5-2019 01:37 PM
K_Lily replied at 13-5-2019 01:25 PM
cantik-cantik diorang ni, masuklah ratu malaysia...

Ratu Malaysia pakai bikini sis, diorang segan

Biarlah amoi dan meenachi wakil Malaysia
Quote buapakperut 13-5-2019 01:49 PM
nurul ni cantik. tapi tengok contestants yg lain sangatlah hauk.. perkara biasa nama ala2 muslim.kawan2 iols kristian banyak nama gini. yang pagan pun pakai bin binti.
Quote munchkin 13-5-2019 01:50 PM
Lawa nurul ni. I ada kawan iban nama jalil

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.151752 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top