CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Stop La Snap Gambar Orang Untuk Raih Perhatian, Cucu Anwar Ibrahim Pun Dipadam Mukanya"

14-5-2019 10:06 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8260| Komen: 29|Original author: Oleh: Azza




Sejak akhir-akhir ini seakan menjadi trend setiap netizen mahu berkongsi cerita atau gambar yang mereka lalui di media sosial. Antara yang popular ialah merakamkan gambar individu sedang melakukan sesuatu lalu menulis situasi tersebut dengan alasan sebagai pengajaran. Ada yang berkongsi momen menarik, sedih sehinggakan perkara memalukan turut disiarkan sekali. 

Bagaimanapun, sejauh manakah perbuatan memaparkan gambar orang tidak dikenali ini seharusnya dibenarkan? Adakah ia terhad kepada mendedahkan salah laku semata-mata? Bagaimana pula jika mengambil gambar individu lain dengan harapan mahu mencontohinya?

Lelaki ini membawa dimensi baru terhadap perbuatan mengambil gambar orang lain lalu menyiarkan di media sosial. Sebenarnya ia adalah perbuatan tidak beretika kerana tidak meminta kebenaran orang tersebut untuk memaparkan wajah mereka. Tetapi, berlainan dengan situasi sekarang yang seperti berlumba-lumba merakamkan cerita menarik.





Aksi pasangan Warga Mas ini boleh dilihat sangat rapat dan saling berpegangan tangan antara satu sama lain. Malahan, mereka sendiri pasti tidak menyangka bahawa gelagat mereka dirakam sehingga disebar serata media sosial. Walaupun tujuan gambar ini dengan kapsyennya memuji sikap romantis pasangan ini, namun wajarkan ia disebarkan tanpa kebernaran?
Jika ini adalah ibu bapa kepada mereka yang menyiarkan gambar ini, adakah mereka akan berdiam diri?

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat tersebut kerana terlalu ramai individu yang mengambil kesempatan untuk memaparkan cerita yang boleh meraih perhatian supaya cepat popular. Namun, tindakan tersebut sebenarnya tidak beretika.

Jika hendak membandingkan perbuatan jurugambar profesional yang bekerja dengan organisasi media pastilah jauh berbeza kerana golongan ini bekerja dengan etika. Mereka juga meminta izin terlebih dahulu daripada subjek sebelum menyiarkan sebarang berita atau gambar, berbeza dengan netizen yang sekadar mahu meraih perhatian.

"Betul tu, orang akan stop buat benda tak berfaedah ni bila dah kena saman nanti. Tengok tak percaya."

Sementelah lagi perbuatan sebegini semakin menjadi-jadi apabila post tersebut banyak dikongsi oleh orang lain hingga membuatkan mereka popular. Namun, popular di atas ketidakpekaan orang lain adalah kelakuan tidak beretika. Sedangkan orang kenamaan sekalipun tidak memaparkan muka sebahagian ahli keluarga mereka dengan alasan tertentu, tapi kita?

Kredit foto: Twitter

Jadi, apa pendapat anda? Perlu kah kita melayan post sebegini lagi setelah menyedari situasi sebenar? - CARI 
3

Bagus
5

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 14-5-2019 10:08 AM
so what..banyak berlaku diluar sana skg
Quote Intanmahsuri 14-5-2019 10:49 AM
Lapar like and viral semua tu...ekekekekekek
Quote tumpanglalu74 14-5-2019 11:00 AM
Tunjok pokcik mokcik berpimpin tangan bahagia sampai ke tua tu takpe la bodoh..  Anak sape le ni?
Quote ifanonline 14-5-2019 11:01 AM
well...that is the power of social media...if u dont like it...please go inside a cave
Quote senahitam 14-5-2019 11:08 AM
series aku pun x suka org amik gambar sesuka hati, contoh kita beli barang online, pastu org datang cod tetiba keluar fon nak amik gambar. eh. aku nak beli je barang tu, xbyr utk pakej bergambar sekali pun. even ko nak amik untuk marketing pun, at least minta izin dulu sbb aku dah bayar, dan barang tu dah jd hak aku. konsep dulu2, nak guna gambar orang or nak mtk tlg org promote kita kena bayar org tu, n bayar royalti kalau nak guna gambar orang. tapi zaman bisnes online skang ni dah terbalik pulak. customer dipaksa bergambar dan buat promotion free.

bukan semua orang suka bergambar. apatah lagi gambar tu nanti dishare lak kat laman sosial. ada setengah orang memang suka hidup privasi.
Quote Artemesiaa 14-5-2019 11:14 AM
Gila like je yang suka buat kerja macam ni yang tak faham akan privasi orang lain semua main redah je ikut suka
Quote helicornia 14-5-2019 11:21 AM
aku ni mmg saja tak nak buat acc social media sbb tak nak org tau life aku.tapi kengkawan ni suka2 je post gambo we all bercuti sana sini la jalan sana sini la. abis dah sume org tau aktiviti aku
Quote knnk 14-5-2019 11:27 AM
senahitam replied at 14-5-2019 11:08 AM
series aku pun x suka org amik gambar sesuka hati, contoh kita beli barang online, pastu org datang  ...

Yesza, sebab tu I prefer online tapi tu lah, kadang2 saloon atau pusat spa pun ada buat padahal dah established
Ada yang ok, ok. Tapi ada juga yang agak memaksa walaupun kita kata taknak.
Quote MohdSardin 14-5-2019 11:30 AM
Semua benda nak ambik gambar ambik video kemudian sebar bodoh yg tak terbendung.. Kalau aku dpt tangkap pelaku kat situ jugak aku bubuh sampai lebam
Quote figurae 14-5-2019 11:33 AM
haaiish... kadang-kadang pejabat hantar surat pon dia akan ambik gambar sebagai bukti dah terima surat tu
ape masalah tak, stamp dan sign je sudah
Quote shamsadis 14-5-2019 11:51 AM
negara middel east, kalau ada amik gambar orang, ada dipenjara
Quote lonso 14-5-2019 11:53 AM
meol pun tak gemor org amik gambar tanpa permission nih...
Quote prettyuglybabe 14-5-2019 12:26 PM
sejuk je tengok anak beranak pompuan kak jijah..
simple je bertudung bawal.. baju pun tak berbling bling..
Quote ninja9 14-5-2019 01:26 PM
Intanmahsuri replied at 14-5-2019 10:49 AM
Lapar like and viral semua tu...ekekekekekek

nak perhatian dan pengiktirafan dari orang lain.. semua manusia ada akibat bawaan dari kecik tapi kalau melampau ianya penyakit
Quote DididanNana 15-5-2019 05:21 PM
i pun cukup tak suka bila org simply snap pic kita then upload di soc media sesuka hati... ada ke akta utk ini?

dulu my cousin pernah buat gini.. ambil pic my anak then share di whatsapp group.. my cousin ni mmg jenis sangap like.. mmg i sound dia setepek.. terketar2 laki bini minta maaf.. org gini kalau boleh setiap saat nak share moment dgn anak dkt soc media. nak share pic or video anak2 sendiri di soc media silakan.. bukan anak2 org lain ya..  

bila i tanya knp dia buat gitu.. alasan entah apa2 yg dberi: comel sgt..

i menyirap ja dgr.. comel je mesti upload.. comel je kena upload... gitu??? sangap like...
Quote cmf_premierleag 15-5-2019 06:20 PM
acik2 kepam mmg suka tayang anak walau x comel mana pun
Quote pinkpunk 16-5-2019 10:26 AM
benda elok why not.. tapi xdelah amek muka dorg pun..
Quote puterikhaleeda 16-5-2019 11:03 AM
shamsadis replied at 14-5-2019 11:51 AM
negara middel east, kalau ada amik gambar orang, ada dipenjara

yes... doxxing.. a part of harrasment... singapore dah buat sepenuhnya.... some states in US, UK dan Canada as well... jangan sesuka amik gambar / video orang pastu viral kan... sesilap tukang amik gambar tu kene denda/penjara..
Quote puterikhaleeda 16-5-2019 11:04 AM
DididanNana replied at 15-5-2019 05:21 PM
i pun cukup tak suka bila org simply snap pic kita then upload di soc media sesuka hati... ada ke ak ...

tak ada akta... tapi dalam kanun keseksaan ada ... kalau tak silap melalukan perkara yang 'melanggar kesopanan' so... perkataan dia vague.. boleh jadi doxxing... kita tak ada lagi akta doxxing ni... some countries dah ada.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.074003 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top