CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Bini Mat Yo Mintak Maaf

27-9-2013 02:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 151604| Komen: 2023


KUALA LUMPUR - Ekoran tersebarnya video kontroversi membabitkan dirinya, suami dan seorang pengawal keselamatan yang menimbulkan kemarahan awam, isteri Mat Yo akhirnya tampil memohon maaf.

"Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.


“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.

“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.
11

Bagus
5

Marah
17

Terkejut
3

Sedih
22

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavacall 25-9-2013 08:59 PM
first....      
Quote matamata 25-9-2013 09:00 PM
lapor diri...
Quote lavacall 25-9-2013 09:00 PM
second...           
Quote perang_candu 25-9-2013 09:01 PM
Nama pak gad tu Mat said ke Azman..?? tetek lahH!! kejap said kejap azman..
Quote MissNigga 25-9-2013 09:02 PM
uols tak seru binik matyo bertandang ke trid nie ker???

cer sesapa tepek link trid ni kat muka buku si bitch tue....
Quote cruz2 25-9-2013 09:02 PM
Bukan mat said tu sbb rupa ada iras kan??
Quote voiletiris 25-9-2013 09:03 PM
checkin..taknak ketingalan..kesian pacik gad tu
Quote AdamBillionaire 25-9-2013 09:04 PM
siapa nk create fan page utk hidup pak guard mat said? jom like ramai2.
Quote reddots 25-9-2013 09:06 PM
AdamBillionaire posted on 25-9-2013 09:04 PM
siapa nk create fan page utk hidup pak guard mat said? jom like ramai2.

Fb yg suh pompuan bodo minta maaf tu x sama ke?
Quote mr_crab 25-9-2013 09:07 PM
3rd
Quote ahlisihircute 25-9-2013 09:09 PM

siti aisya bini matyo....
jomlah joint kat cini....
boleh kita saling kata mengata.....lahar melahar.....
Quote hyie 25-9-2013 09:13 PM
motif dah masuk part 2?
Quote lavacall 25-9-2013 09:13 PM
ni video kedua yg buat wa angin....

video pertama tetap yang ni..



[youtube]PYwCFVDZVaw[/youtube]


Quote hanakikan 25-9-2013 09:15 PM
Betina tu ada id kale kat Cari ni?
Quote totokreturn 25-9-2013 09:15 PM
Belum kena cerai lagi ke bosia nih nga  laki dayus dia...? 7ngatkan dah kena cerai dah.....

Musti mak bapak betina nih yg ajar dia kurang ajar ngan semua org camnih.....
Quote funnyTONE 25-9-2013 09:15 PM
lavacall posted on 25-9-2013 09:13 PM
ni video kedua yg buat wa angin....

video pertama tetap yang ni..

muka pon dh macam hewan yg dia sebut
Quote cengeng 25-9-2013 09:16 PM
perang_candu posted on 25-9-2013 09:01 PM
Nama pak gad tu Mat said ke Azman..?? tetek lahH!! kejap said kejap azman..

haish ko ni,tepok dahi aku baca komen ko. ko x baca ke kesah pnuh mat said aka azman nih???

kopek tol
Quote cmf_rambutan 25-9-2013 09:20 PM

Quote AdamBillionaire 25-9-2013 09:20 PM
reddots posted on 25-9-2013 09:06 PM
Fb yg suh pompuan bodo minta maaf tu x sama ke?

ada ke? takpe wat banyak2 fb.. tp aku risau juga bini dia meraung nk saman aku. aku dh lah tak kaya. jual goreng pisang

Lihat semua komen(2023)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.070124 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top