Datuk Seri Vida (DSV) sangat sinonim dengan gelaran jutawan wanita Malaysia terkenal dengan pakaiannya yang persis seorang permaisuri kayangan dan trademark "Qu Puteh Qu Puteh Barulah Putih".
DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman serta anak perempuannya, Cik B sering mencuit hati rakyat Malaysia dengan gelagat mereka di laman sosial. Baru-baru ini, Cik B ada membuat sesi soal jawab bersama pengikutnya di Instagram dan menerima permintaan untuk membuat room tour di biliknya. Cik B dengan murah hatinya berkongsikan pemandangan di sekitar biliknya. Yang memeranjatkan netizan adalah keluasan biliknya yang seperti kedai di dalam pusat membeli belah! Rata-rata netizan teruja dengan bilik Cik B yang cantik dan luas itu. Jangan pula ada yang cemburu dan tidak suka dengan rumah sendiri, bersyukur dengan apa yang kita ada dan InsyaAllah kita akan dicurahkan rezeki. Apa-apapun, Cik B memang sempoi! - CARI
|
helicornia replied at 13-5-2019 10:34 AM
idok le aku nak tido bilik luas2 gini.rasa tak secure.bos aku ada sorang gini.dia jusa tapi rak mau ...
ADVERTISEMENT