CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Percuma Basikal, Ganjaran Jika Berjemaah Di Masjid Sepanjang Bulan Ramadan

10-5-2019 03:20 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 1931| Komen: 7|Original author: Oleh: intan

Solat adalah wajib dilakukan oleh semua umat islam tidak kiralah kecil ataupun besar. Maka ibu-bapalah yang mencorakkan anak-anak dalam urusan ibadah yang telah ditetapkan kepada mereka seusai akil baligh. 

Namun bukanlah mudah untuk mengajar anak untuk rajin bersolat tambah - tambah untuk berjemaah di surau ataupun masjid. Namun, inisiatif yang telah dilakukan oleh jemaah jawatankuasa Masjid Mahmudi yang terletak berhadapan Pantai Irama, Bachok, Kelantan ini wajar dipuji dan dijadikan contoh.

Dalam usaha menarik minat kanak-kanak untuk mengimarahkan masjid, ahli jawatan kuasa telah menawarkan ganjaran basikal untuk kanak-kanak yang berusia 10-12 tahun yang hadir setiap hari selama sebulan untuk berjemaah di masjid tersebut.


Syaratnya, kanak-kanak yang menyertai cabaran itu haruslah datang berjemaah untuk solat subuh, maghrib dan isyak sepanjang bulan Ramadan. Imam masjid tersebut berkata seramai hampir 100 kanak-kanak datang untuk solat taraweh namun hanya 15 orang daripadanya berjaya hadir untuk cabaran berjemaah untuk ketiga-tiga waktu yang ditetapkan.



Menurutnya lagi, pada mulanya memang kanak-kanak tersebut datang untuk menang basikal tapi lama kelamaan sudah menjadi kebiasaan dan timbul minat untuk datang solat berjemaah. 

Tidak mengewakan yang lain, hadiah saguhati juga diberikan untuk jemaah yang setia. Tiada had pemenang untuk cabaran berjemaah dan sesiapa yang memenuhi kriteria layak untuk dapat basikal percuma.


Selain kanak-kanak, orang dewasa juga tidak terkecuali. Menariknya, ahli jawatankuasa juga menyediakan ganjaran kepada mereka yang kerap hadir berteraweh di masjid tersebut. Para pemenang akan dipilih dan selalunya akan diumumkan pada 28 Ramadan yang akan datang. 

Menarik juga inisiatif ini untuk menarik umat islam terutama kanak-kanak dalam usaha mengimarahkan rumah ibadah. Selain dapat ganjaran, dapat juga pahala berlipat kali ganda. Syabas! - CARI 

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HannahMontana 10-5-2019 03:42 PM
sahaja aku solat teraweh kerana nak basikal  bukan kerana Allah Ta3ala.
Quote LadyCarefree 10-5-2019 04:42 PM
HannahMontana: sahaja aku solat teraweh kerana nak basikal  bukan kerana Allah Ta3ala.



Hehehehehe gula gula dn takut takutkn ler modal
Quote Malaysia.Doom 10-5-2019 04:46 PM
Penonggeng Terawih????
Quote ikanmasin 10-5-2019 08:42 PM
sapalah tak nak basikal free kan..sama ada rajin atau malas jer ..
Quote lattehazelnut 12-5-2019 12:48 AM
Iols pun rajin ke masjid mcm tu klau dpat basikal
Quote DARSITA 12-5-2019 12:52 AM
Biarlah sebab tidak ada unsur unsur MEMAKSA .. kebaikkan jugak kan dari bebudak tu merayau rayau tak tentu hala time maghrib.

Quote mawar_mustika 12-5-2019 09:46 AM
baguslh program2 mcm ni...menggalakkan bdk2 rajin ke surau...solat subuh disurau bukan senang nk hadir hari2...org tua pun susah nikn budak2...at least blh didik bdk2 tu utk rajin ke surau...buat baik pun salah...kurang2kn lh mengutuk & berpikiran -ve bln pose ni...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.032418 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top