Dek kerana 'tweet' hormati bulan Ramadan bersama sekeping gambar sebuah keluarga sedang makan di sebuah restoran, pengadu dituduh 'jaga tepi kain' orang.
Biarpun niat asalnya untuk menegur sikap segelintir muslim dewasa yang makan di tempat terbuka tanpa segan silu, namun dia pula yang dikecam kerana sanggup mengambil gambar sebuah keluarga lalu memalukan mereka di media sosial. Adakah ini akhlak seorang Muslim untuk mengaibkan orang lain atau kita sebenarnya sudah kurang sikap menghormati orang lain? Rata-rata netizen di Twitter merasakan itu adalah hak keluarga tersebut untuk makan di sana. Jadi tiada masalah kerana mereka makan di restoran, bukannya di tepi jalan hingga memudaratkan orang lain. Yang menjadi masalah ialah mengambil gambar orang lain tanpa izin lalu menyiarkannya di media sosial. Walaupun meletakkan emoji di wajah, ia tetap menyalahi hak peribadi.
Hal yang sama turut dikongsikan oleh mereka yang tidak dapat berpuasa kerana keuzuran. Kerana 'mind set' beginilah menyebabkan wanita yang uzur terpaksa makan secara bersembunyi hingga memudaratkan mereka. Bagi golongan ini, mereka harus diberi peluang untuk berbuka tanpa pandangan serong. Malahan mereka tidak kisah pun jika ada yang berbuka puasa di depan kerana husnuzon. Bagaimanapun, tidak semua bersetuju dengan pendapat liberal tersebut. Masih ada yang berfikiran jika terpaksa berbuka puasa sekalipun, haruslah dalam situasi menyorok agak perbuatan itu tidak diketahui orang lain. Ini kerana Melayu liberal sebegini lah yang akan membuat orang lain memandang serong kepada penganutnya. Jadi, setelah mendengar kedua-dua alasan mengenai orang dewasa berbuka puasa di khalayak ramai, anda bersetuju yang mana satu? - CARI |
nazzse replied at 10-5-2019 11:11 AM
Whatde??
Yg tudung putih tu mcm org tua oklah tak puasa, yg 2 org lagi tu mcm segar bugar dah kena ...
weezerfan replied at 10-5-2019 11:22 AM
Sukati je amik gmbr org makan. Tah2 depa tu musafir ke. X boleh ke puasa2 ni bsangka baik sikit.
ADVERTISEMENT