CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Artis 'Berlumba' Cabut Tudung, Itu Tak Normal! - Ummi Nazeera

9-5-2019 02:41 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 15563| Komen: 57|Original author: Oleh: LilRose

Kredit foto: IG Ummi Nazeera


Jika sebelum ini ramai golongan selebriti seolah-olah menyebelahi rakan artis yang semakin ramai bertindak mencabut tudung, lain pula dengan Ummi Nazeera.

Menurut Astro GEMPAK yang memetik stesen radio Zayan, aktres itu tidak berkongsi pendapat sama dengan mereka.

"Saya rasa itu tidak normal! Apa yang terjadi sejak kebelakangan ini saya berharap masyarakat tidak menerima perkara itu sebagai sesuatu yang normal.

"Apabila anda sudah bersedia, anda pakai tudung. Tetapi apabila anda tidak bersedia kemudian pakai tudung dan buka balik itu tidak normal. Tidak kiralah artis atau orang biasa," katanya.


Kredit foto: IG Ummi Nazeera


Bercerita kisah mula-mula bertudung, Ummi mengakui dia bertudung kerana memerlukan jalan untuk membawanya keluar daripada depresi.

Ekoran itu, Ummi meminta jasa baik peminat dan rakan-rakan untuk mendoakan agar dia terus istiqamah berhijab.

"Saya risau saya pula yang buka tudung. 

"Risau juga itu pengakhiran saya nanti. Mungkin sekarang ini saya bertudung, tetapi pengakhirannya saya tidak pakai tudung? Sama juga sebaliknya," ujarnya.



Ummi juga menegaskan bahawa iman seseorang ada pasang surutnya.

"Tetapi Allah sangat sayangkan orang yang masih ingatkan dia. Apabila kita terlupa kita pusing balik," katanya.

Semoga Ummi terus istiqamah hendaknya. - CARI


1

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 9-5-2019 03:08 PM
Edited by nazzse at 9-5-2019 08:09 AM

Suka ummi ni....sheols suka pakai baju berlapis-lapis dengan innernya lagi.. video masak kt rumah pun pakai stokin..satu je tudung sheols singkat sekarang
Ayra comel
Quote TabletSusu 9-5-2019 03:14 PM
nazzse replied at 9-5-2019 07:08 AM
Suka ummi ni....sheols suka pakai baju berlapis-lapis dengan innernya lagi..oiii panas.. video masak ...

ye btul. tudung dia making singkat dan terselak2
Quote AshkieLa 9-5-2019 03:21 PM
Edited by AshkieLa at 9-5-2019 03:25 PM

dok diam2 jelaa...
kang kot pulang paku buah keras orang kata...
Quote putehkundor 9-5-2019 03:23 PM
abang chuols normal tak? bila sheols nak bertudung
Quote Aunty_Acid 9-5-2019 03:37 PM
dia ni yg dulu pernah kena backhand dgn pojaan hati kanda kan?
aku pernah tgk gambar tu teruk lebam blue black muda dia
Quote Minami2013 9-5-2019 03:41 PM
Betul lah ape yg die ckp... moga you pun istiqamah ye ummi
Quote Asdan 9-5-2019 03:56 PM

pakaian yg terbaik adalah mengikut natural sekeliling, sebab itu yg tubuh perlukan untuk sihat, tapi jika cuba ikut natural negara lain, tubuh terpaksa kerja lebih, boleh cepat penat & tua, maaf jika silap
Quote cha-cha 9-5-2019 03:58 PM
Bak kata pepatah, gajah shemale depan mata tak nampak........
Quote Orix 9-5-2019 04:06 PM
putehkundor: abang chuols normal tak? bila sheols nak bertudung


Bru nak komen benda yg sama {:thief
Quote nurul_akmar 9-5-2019 04:52 PM
Bagus juga dia menegur.. nk tunggu org yg betul2 perfect utk tegur, mcm xkn jumpa.. org akan keep ungkit n ungkit kesah lama. Ungkit pasal family sendiri. Ungkit pasal diri sendiri.. sume menda xkena la..
Quote ninjago 9-5-2019 05:14 PM
"Saya risau saya pula yang buka tudung.

"Risau juga itu pengakhiran saya nanti. Mungkin sekarang ini saya bertudung, tetapi pengakhirannya saya tidak pakai tudung? Sama juga sebaliknya," ujarnya.



sibbaik ada disclaimer siap2..
Quote armin 9-5-2019 05:15 PM
Xpayahla kuruk yg buka tudung tu takut berbalik kt kita
Quote Annehamid 9-5-2019 05:16 PM
nurul_akmar replied at 9-5-2019 04:52 PM
Bagus juga dia menegur.. nk tunggu org yg betul2 perfect utk tegur, mcm xkn jumpa.. org akan keep un ...

Agreed. Even i taklah pro umi in banyak issue. For this issue dia antara yang layak bersuara sbb dia pun artis. Masih aktif
Quote giyomi 9-5-2019 06:53 PM
ko pon jgn berlumba2 singkat kan tudung dah lar ek. cermin kat tandas awam besar hokey. tujuan asal tudung dah dikomersial kan oleh golongan artis2 ni konon nak nmpak urban wlpon pada hakikatnya kepam yg amat.
Quote she 9-5-2019 06:57 PM
Dia bertudung dlu pn sebab bercampur dgn geng tabligh kt uni...sama geng plak dgn adik ipau iolssss

Kemain dulu snap gmbar pn pakai niqab...pose blkg badan jah...skarang kemain nk ckp org lain normal tak normal...ptt dia no komen jah

Abam sheols yg shemale tu nape tak ditarbiahkan dulu yihhhhh
Quote munchkin 9-5-2019 07:00 PM
Edited by munchkin at 9-5-2019 07:03 PM

Hari  tu dia ni betul2 tutup aurat. Serba hitam. Jubah besar macam khemah. Kasut but gedabak. Lama juga dia tutup aurat habis habisan.

Now dah makin singkat ketat. So ummi  Tak perlu kecam kawan2 u. Sebab you pun dah ke arah fasa makin singkat tudung tu. Tak yah nak join the band wagon set set holier than thou.
Quote putehkundor 9-5-2019 07:08 PM
Orix replied at 9-5-2019 04:06 PM
Bru nak komen benda yg sama {:thief

tapi bf si nazreem tasty kan, fiq....
apa ntah namanya...neiry kann..
Quote pearl.silver 10-5-2019 02:45 AM
Dr tudung labuh ke tudung belit leher
Normal ke idok..
Quote ms.koala 10-5-2019 04:55 AM
bagus lah tegur utk kebaikkan. {:hooray

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.054364 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top