Pelakon Amerika Syarikat (AS), George Clooney menyambut ulang tahun kelahirannya ke-58 pada Isnin, iaitu hari yang sama Putera Harry dan Meghan Markle menyambut kelahiran anak lelaki mereka, Archie Harrison Mountbatten-Windsor. Bagaimanapun, penerima anugerah Oscar itu nampaknya kurang senang berkongsi hari bahagia dengan ahli baru keluarga diraja Britain tersebut. "Ia menjengkelkan, budak itu mencuri tumpuan ramai pada ulang tahun kelahiran saya dan saya tak sukakannya. Ia benar-benar mengguris hati saya," ujarnya ketika ditemu ramah E! Online.
Namun, memetik Vanity Fair, George hanya sekadar berseloroh. "Ia sepatutnya hari jadi saya dan untuk saya saja," ujarnya berseloroh. Tarik nafas lega peminat kedua-dua aktor dan pasangan diraja itu apabila George rupanya bergurau saja. George dan isteri, Amal Clooney yang menghadiri majlis perkahwinan Duke dan Duchess of Sussex itu teruja kelahiran Archie. "Mereka pasangan bahagia dan saya gembira untuk mereka. Bagi pasangan yang menyambut kelahiran bayi, ia adalah momen mengujakan," katanya yang dikurniakan cahaya mata kembar iaitu Emma dan Alex. Bagaimana kalau George betul-betul tidak senang berkongsi tarikh lahir dengan Archie? Adakah dia akan berdepan amukan peminat Meghan? - CARI
|
buapakperut replied at 9-5-2019 12:40 PM
clooney bila nak beranak,pilih bini kemain muda lawa berjaya
ninjago replied at 14-5-2019 10:20 AM
amal nie transgender kan? anak dorg yg twins tu pakai surrogate mother la kan?
ADVERTISEMENT