CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Sepuluh Tahun Kena Kanser, Terpaksa Hidup Tanpa Ovari Kanan

9-5-2019 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3861| Komen: 19|Original author: Oleh: Myra Rozi

Baru berusia 10 tahun, Nur Nadira Balqis Abdul Khalid disahkan menghidap kanser ovari.

Kanak-kanak itu masih belum memahami apa yang dilaluinya namun hakikatnya terpaksa meneruskan kehidupan tanda ovari kanannya.


Selepas pembedahan pada Ogos lepas, Balqis hanya menghabiskan masa dengan melukis dan berubah menjadi pemalu.

Ibunya, Siti Khalijah Che Hat, 51, berkata,

“Pada mulanya dia mengadu sakit perut, saya membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan doktor mendapati terdapat ketumbuhan di ovarinya, selepas itu pembedahan dilakukan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan doktor mengesahkan Balqis mengidap kanser ovari tahap tiga.

“Kini dia sudah tujuh kali melakukan rawatan kimoterapi, namun saya perasan selepas disahkan menghidap penyakit itu Balqis berubah menjadi seorang yang pemalu dan kurang bercakap."

Harian Metro melaporkan, Khalijah juga sedang lemah kerana menjalani pembedahan membuang bisul di belakang tengkuknya pada minggu lalu.


Foto: Harian Metro
Dua beranak itu kini terpaksa menumpang di rumah adiknya Mohd Dizan, 41, di kampung berkenaan berikutan tidak mempunyai kenderaan untuk berulang alik setiap hari ke HSB bagi mencuci luka pembedahannya.

“Saya dan suami hanya menoreh getah dengan pendapatan tidak sampai RM500 sebulan, tambahan di musim hujan, pendapatan kami akan turut terjejas, saya sekeluarga hanya mengharapkan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan.

“Tiada sebarang persiapan untuk menyambut Ramadan, hendak beli baju raya untuk anak-anak pun tidak mampu, mujurlah anak sulung dan kedua saya sudah bekerja dan mereka lah yang membeli baju raya untuk adik-adik.'

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada Balqis  boleh menyalurkannya ke akaun Maybank Siti Khalijah (152023491757) atau menghubunginya menerusi nombor 013-4679548. -CARI


Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 9-5-2019 11:45 AM
Allah hai siannya
Quote akuMNdia 9-5-2019 11:47 AM
aku pernah terbaca ada yg baby lagi dah kena kanser ovari ni..
apa punca sebenarnyer?
pernah jugak terbaca letak/sapu bedak baby kat bahagian kemaluan baby salah satu puncanyer..betul ke?
Quote helicornia 9-5-2019 11:59 AM
akuMNdia: aku pernah terbaca ada yg baby lagi dah kena kanser ovari ni..apa punca sebenarnyer?pernah jugak terbaca letak/sapu bedak baby kat bahagian kemaluan b ...

dalam bedak tu ada kandungan asbestos.penah baca j&j kena saman kat luar negara sbb menyebabkan pompuan yg pakai kena kanser
Quote beloomberk 9-5-2019 12:09 PM
Kesiannya dik..ntahnya period pon blum..moga cepat sembuh..
Quote sarahmirza 9-5-2019 12:32 PM
akuMNdia replied at 9-5-2019 11:47 AM
aku pernah terbaca ada yg baby lagi dah kena kanser ovari ni..
apa punca sebenarnyer?
pernah jugak ...

Baby tak payah la bedak bagai..
Bedak tu kan debu..  Masuk hidung,  mulut,  mata anak...
Bab bahagian kemaluan nak elak rashes tu pakai krim...  Mcm2 jenis krim ada utk rashes..  
Zaman dulu2 tahun 80an aje I nampak mak2 lumur bedak kat kemaluan anak...
Tak sangka pulak sampai la ni ada juga teruskan tradisi gitu.
Quote MissVixen 9-5-2019 12:35 PM
Kesiannya. Dengan ekonomi keluarga pon teruk.
Quote mawar_mustika 9-5-2019 12:44 PM
kesiannye kecik lg bdk ni...keluarga susah plak tu
Quote ell768 9-5-2019 12:46 PM
kesiannya adik ni...
Quote d_anne04 9-5-2019 01:19 PM
sarahmirza replied at 9-5-2019 12:32 PM
Baby tak payah la bedak bagai..
Bedak tu kan debu..  Masuk hidung,  mulut,  mata anak...
Bab b ...

mak-mak kita dulu mmg suka buh bedak...
kali ni bila kita x buh kat cucu dorg..bising cakap bau busuk la masam la..
tapi sy ngan suami buat tak dgr jer..lagipun bau natural baby mmg tu dah harum bagi kami...


Quote Malaysia.Doom 9-5-2019 01:21 PM
d_anne04 replied at 9-5-2019 01:19 PM
mak-mak kita dulu mmg suka buh bedak...
kali ni bila kita x buh kat cucu dorg..bising cakap bau b ...

Bedak tettu
Quote Malaysia.Doom 9-5-2019 01:22 PM
Edited by Malaysia.Doom at 9-5-2019 01:25 PM
helicornia replied at 9-5-2019 11:59 AM
dalam bedak tu ada kandungan asbestos.penah baca j&j kena saman kat luar negara sbb menyebabkan p ...


Buat bedak sendiri...macam kami orang Bugis guna Bedak Tettu.

Anak org Bugis
57083641_2018138914963441_1462962827246921841_n.jpg
Quote Minami2013 9-5-2019 01:32 PM
Moga dipermudahkan urusan... siannye la.. kecik lagi, besar ujiannya...
Quote haryatie 9-5-2019 02:04 PM
kesiannya..kecik lagi sudah diuji
smoga Allah permudahkan sgala urusan dn diberi kesembuhan
Quote Nham22 9-5-2019 03:00 PM
Mcm2 faktor..tp kalau kes2 terpencil.mcm ni doktor susah nak detect punca...same mcm lain2 kes kanser.. kdg2 tu mmg bukan sbb genetikk pon...ade sebab2 lain...
Quote giyomi 9-5-2019 07:07 PM
Bersabar dik...we are with you.
Quote ikanmasin 9-5-2019 09:58 PM
kesian nya adik..mudah2an dipermudahkan
Quote TuntungReturn 9-5-2019 10:27 PM
akaun bank dia x leh tranfer. mungkin terlampau bnyk transaksi. bank blok
Quote mamarock 9-5-2019 10:30 PM
Kesiannya dik. Semoga dipermudahkanNya segala urusan.
Quote DeeHanania 11-5-2019 06:49 AM
Allah...
Kesian yer...
Kanser amat menakutkan
Semoga kembali sembuh yer,Nak

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.062664 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top