Seorang pemilik kedai dobi di Krabi, Thailand terkejut mendengar suara tangisan bayi. Sangkanya ia datang dari kediaman jiran berdekatan, sebelum menemui seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dalam mesih basuh di premisnya.
Akhbar tempatan melaporkan, bayi berusia lima hati itu dipercayai ditinggalkan sejak minggu lepas dan hanya ditemukan empat hari kemudian. Menurut pemilik premis, Sangduen Khaorueng, 47, dia menutup kedai sejak Jumaat untuk menguruskan perniagaan. Balik sahaja ke kedai, tangisan bayi yang didengari. "Saya jenguk ke dalam mesin basuh dan terkejut apabila menemukan seorang bayi yang berbalut dengan tuala dan masih mempunyai tali pusat."
Polis dan pasukan paramedik mendapati keadaan bayi berkenaan sihat namun berada dalam keadaan sangat lapar. Bayi berkenaan kini dalam jagaan hospital dan akan diserahkan kepada rumah anak yatim jika keluarganya tidak dapat dikesan. -CARI
|
sukacactus replied at 9-5-2019 05:39 AM
Dulu masa mula pergi belah2 sana, rasa kelakar plak tgk laundry kat sana pakai mesin basuh mcm kat r ...
umbut replied at 9-5-2019 05:37 AM
Camtu ke mesin basuh layan diri
dua_chzy replied at 9-5-2019 08:11 AM
Ye la. Masuk syiling gitu. Sama macam mesin basuh layan diri zaman akak kat U dolu.
leyassi replied at 9-5-2019 09:44 AM
haha. betul2. teringat zaman belajar dlu. gigih tukar syiling nak mendobi. siap bebel lagi patutny ...
batmana replied at 9-5-2019 09:02 AM
mesin jenis tu murah
tapi tk sebersih mesin front load
Atata replied at 9-5-2019 11:18 AM
Oh ye ke? Kelebihan front load ni lebih bersih?
ADVERTISEMENT