CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Tak Perlu Tawaf Bazar Ramadan Cari Kuih Sedap, Cuba Samosa Cheese Leleh Pasti Nak Lagi!

9-5-2019 10:04 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 5416| Komen: 10|Original author: Oleh: intan

Jika anda ke bazar Ramadan bulan tahun ini, pasti pening memilih juadah terutama kuih-muih. Mungkin anda fobia apabila 'terkena' dengan rasa kuih yang tidak sedap ataupun berinti 'oksigen', sudahlah mahal pula menambah lagi kebimbangan.



Kini, tak perlu lagi risau dan bersusah payah tawaf satu bazar dalam usaha mencari kuih sedap. Anda boleh cuba resipi samosa cheese meleleh pasti sedap ini.

Selain daripada bahan yang mudah didapati, tidak susah untuk membuatnya. Malah, boleh dibekukan dan disimpan untuk hidangan bila-bila. Jom cuba resipi samosa cheese yang dikongsi Maria Bentalib di Facebook ini!



Bahan-bahan diperlukan

3 biji telur, direbus dan dipotong dadu kecil-kecil
500 gram kentang, direbus kemudian dilenyek
5 keping keju, diparut
Sedikit garam
Kulit popia


Rebus kentang hingga lembut dan empuk



Telur direbus dan dipotong dadu kecil-kecil



Gaul sebati kentang dan telur



Parut keju, masukkan ke dalam adunan kentang dan telur 





Balut isi adunan dalam kulit popia, kemudian bentukkan dalam bentuk samosa



Sedia untuk digoreng dan dihidangkan. Selamat mencuba! - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 9-5-2019 01:47 PM
adoi semua nak dicheesekan
Quote cpnor 25-5-2019 04:35 PM
Memang semata2 kentang n telur rebus je ke inti die..mcm plain je rasenye
Quote Abot 1-6-2019 05:11 AM
aku sejak thu cheese bahaya terus tkut nk mkn...  mkn sikit2 je {:cryrun
Quote shernazz 6-6-2019 10:59 PM
Iils beli samosa kat pasar remdan dolu.
Makan makan ngap sampai tengah
Jumpa kulit je..inti sesudu kecik...tu pon x jumpa dagingnya
Quote Chimicuri 20-3-2021 02:15 AM
Sedapnya... tq share resepi
Quote Tinyzuzu 20-3-2021 11:20 AM
Ringkas nmpk sedp
Quote makankuihku 20-3-2021 01:30 PM
sedapnya .. siap step by step terima kasih
Quote Guli 29-4-2021 06:34 PM
Tq share resepi
Quote Guli 29-4-2021 06:34 PM
Boleh tukar tukar selera do Bulan puasa ni
Quote Guli 29-4-2021 06:35 PM
Masakan ni macam tak susah sgt rasanya

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.032106 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top