Bila tiba sahaja Ramadan pasti perkara ini akan berlaku. Apa ke
dia? Jom tengok senarai di bawah. Betul ke tidak? 1. Pertanyaan tentang puasa. Puasa ke tidak? Mesti di kalangan rakan anak-anak kita akan bertanya semasa di sekolah. Kalau murid tahap satu mungkinlah mereka masih boleh kata masih kecil lagi. Tapi kalau yang sudah besar atau kita yang telah dewasa mesti kalau tak puasa akan mengaku puasa jugak. 3. Solat Terawih hanya berlaku pada bulan Ramadan sahaja, ramailah akan pergi mengerjakan ibadah ini, dan kebiasaannya masjid akan ramai orang lebih - lebih lagi pada 10 malam terakhir. 4. Bangun sahur walaupun dengan segelas air pun akan dapat pahala. Jadi bangun sahur akan menjadi kebiasaan pada Ramadan selain mengejar pahala, supaya badan mendapat tenaga sepanjang hari sebelum waktu berbuka. 5. Letih, gastrik ,migrain dan sakit perut kemungkinan alasan ramai yang akan mendapatkan cuti sakit dari doktor. 8. Banyak betul notifikasi di Facebook, instagram dan twitter berkenaan dengan jualan baju raya, biskut raya dan macam-macam lagilah.Semua kita nak tag. 9. Banyaklah juga yang akan upload juadah berbuka puasa masing-masing di media sosial. 11. Yusof..Taiyoob..biasa akan kedengaran jenama ini untuk jualan kurmanya, malah permintaan kurma tak kira jenama memenuhi pasar raya. 12. Kejadian pecah rumah dan ceroboh rumah juga banyak berlaku. Pencuri dan penyangak nak memenuhi keperluan Syawal agaknya.Jadi kita berjaga-jaga dan berhati-hatilah.
Mungkin ada lagi yang tidak tersenarai di sini. Apa-apa pun jalanilah ibadah puasa bersederhana dan kerjarlah ganjaran yang diberi olehNya mengikut kemampuan masing-masing. Syukur dengan segala nikmat yang diberi dan negara kita masih aman untuk memudahkan ibadah ini dilaksanakan dan jangan lupa bayar zakat fitrah ye. - CARI |
ADVERTISEMENT