Bulan Ramadan sememangnya bulan yang mencabar kerana di saat nafsu disekat, semakin menjadi-jadi pula selera makan. Nampak makanan, semua nak ditelannya. Tapi awas, berat badan boleh naik mendadak jika tidak menjaga pemakanan semasa bulan puasa.
10 tip untuk elak berat badan menaik semasa Ramadan: 1. Jangan makan berlebihan Elakkan makan dalam jumlah yang terlalu banyak. Sebaliknya, makanlah dalam kuantiti sedikit dan makanan yang dipilih pula tidak terlalu berat. Ketika di bazar pula, janganlah beli semua jenis makanan yang dijual kerana semua itu adalah nafsu semata-mata. 2. Kunyah makanan perlahan-lahan Apabila kita mengunyah makanan dengan perlahan, ia dapat mengelakkan masalah ketidakhadaman. Apa yang kebiasaannya berlaku adalah kita tergopoh-gapah ingin menghabiskan segala juadah yang terhidang di hadapan mata sedangkan makanan boleh lagi dimakan setelah selesai sesi solat Tarawih.
3. Hirup sup dan makan salad terlebih dahulu Sedarkah anda setiap kali mengambil hidangan sup, perut lebih cepat kenyang? Ya, oleh sebab itulah lebih baik kita hirup sup terlebih dahulu agar lebih cepat berasa kenyang. Salad juga adalah salah satu makanan yang boleh membuatkan kita cepat kenyang. 4. Minum air masak dengan banyak Umum mengetahui jumlah air kosong yang diperlukan oleh badan kita adalah lapan gelas sehari. Namun, ketika berpuasa tubuh akan mudah dehidrasi sekiranya tidak minum air dalam kuantiti mencukupi setelah waktu berbuka puasa. 5. Hidangkan jus buah Tahukah anda, minuman yang dibeli di bazar Ramadan mengandungi kandungan gula yang tinggi? Bayangkan jika setiap hari diminum, pastinya berat juga naik mendadak. Cubalah hasilkan sendiri jus buah di rumah kerana ia lebih sihat dan pastinya tanpa gula! 6. Berjalan Setiap Hari Jika anda fikir berpuasa menghalang anda bersenam, anda salah. Orang yang berpuasa masih boleh bersukan seperti biasa. Untuk membakar kalori berlebihan hasil makanan dimakan, cuba luangkan masa berjalan kaki sekurang-kurangnya 30 minit hingga satu jam. 7. Ubah Cara Masakan Cara masakan kita menentukan sama ada makanan yang dimakan sihat atau tidak. Cuba elakkan menggoreng makanan yang kita hidangkan terutamanya melalui kaedah 'deep fry'. Sebaliknya, tukar cara masakan dengan kaedah lain seperti merebus dan memanggang. 8. Jangan Makan Tanpa Henti Tujuan kita berpuasa adalah memberi rehat kepada sistem badan yang telah bekerja keras sepanjang tahun. Amalan makan berterusan selepas berbuka sehinggalah masuk waktu sahur adalah amalan yang tidak sihat. Kesimpulannya, bulan puasa adalah bulan untuk beribadat. Tingkatkanlah ibadat, dan bersederhana dalam pemakanan. Kawal nafsu sebaik mungkin. Selamat berpuasa! - CARI
|
ADVERTISEMENT