Puasa belum masuk seminggu, tapi dah macam-macam cerita kedengaran mengenai Bazar Ramadan, ada yang meja minuman tumpah dan bazar tidak ramai orang. Kali ini cerita yang dialami sendiri oleh netizen ini iaitu kebab daging tetapi langsung tidak mempunyai daging di dalamnya. Status tersebut mendapat banyak perkongsian dan komen daripada netizen lain yang menyamakan insiden tersebut dengan kisah karipap inti angin. Sedih apabila segelintir peniaga mengaut keuntungan atas angin atau ianya berlaku secara tidak sengaja? Menurut Abeyrius, kebab daging yang dibelinya berharga RM3.50 di sebuah Bazar Ramadan yang tidak dinyatakan lokasinya. Namun dia sangat kesal kerana mendapat kebab tidak berinti. Maka ramailah netizen di Twitter yang membuat jenaka di atas peristiwa tersebut seperti "daging dijual berasingan." dan "ni bukan kebab daging tapi roti kebab." Rata-rata mereka terkejut dan menganggap ianya adalah situasi yang jarang berlaku tetapi ada. "Thanos tersnap semua population daging tu ke." "Padat sangat daging dia sebati dengan roti." "Taknakla kata tapi.. Takpelah. Mungkin iman kita tebal lagi bila kita redha isi banyak ni ahhahaha." Sementara itu netizen di Facebook pula mempromosikan kebab yang mereka jual dan dipenuhi daging. Begitulah kisah yang tular mengenai Bazar Ramadan. Diharapkan para peniaga tidak mengambil kesempatan di atas kelam kabutnya pembeli kala mengejar masa untuk pulang ke rumah. - CARI |
ADVERTISEMENT