Menjadi selebriti Instagram atau lebih dikenali dengan istilah Instafamous sememangnya memberi kelebihan kepada individu terbabit untuk menjana pendapatan hanya dengan mempromosikan produk atau servis.
Memiliki ramai pengikut di laman sosial menjadikan mereka sangat popular dan kadang kala lebih popular daripada selebriti. Sama seperti selebriti, Instafamous ini juga tidak pernah terlepas daripada kontroversi atau gosip hangat. Antaranya adalah pasangan kembar Ieka dan Iera Tajudin atau nama sebenar mereka Norsyafiqah Tajudin dan Norsyakirah Tajudin. Nama mereka pernah menjadi bualan hangat di media sosial gara-gara menyalahkan sekolah dan cikgu atas keputusan gagal '7G' dalam peperiksaan SPM. Perkara tersebut sudah pun berlalu dengan pasangan kembar berusia 19 tahun itu memohon maaf atas keterlanjuran kata.
Bagaimanapun, baru-baru ini heboh di laman sosial Twitter apabila ada yang mengatakan Ieka Tajudin sebagai penipu gara-gara tidak membuat review seperti yang dijanjikan walaupun telah menerima bayaran. Janji tinggal janji. Dah bayar tapi review masih belum dibuat. Instafamous paling teruk. Ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama bekerja dengan Ieka. Lebih teruk lagi, Ieka dilihat tidak mengakui kesalahannya. Malah, mencabar netizen tersebut untuk menularkan perkara tersebut. Bagaimanapun, Ieka akhirnya mengakui kesilapannya dan meminta maaf serta memulangkan kembali wang berjumlah RM250 tersebut. Netizen tersebut turut berharap yang mangsa yang lain dapat balik hak mereka. Diharap Ieka tidak lagi mengulangi kesilapan tersebut. Kalau tidak mampu untuk melakukan kerja itu, sebaiknya tolak dan jangan bagi harapan palsu. RM250 pun duit, dik! -CARI Sumber : Twitter
|
RatuDunia94: SPM 7G???Ko g sekolah buat pe??
ADVERTISEMENT