CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Puas Hati Disuruh Cari Kerja, Lelaki Bakar Rumah Ibu

8-5-2019 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2705| Komen: 19

Penganggur dihukum penjara enam tahun dan denda RM1,000 selepas mengaku bersalah membakar rumah ibu hanya kerana disuruh mencari kerja.

Memetik Sinar Harian, pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, semalam.


Mengikut pertuduhan, Ahmad Musli Rudin Ramle, 29, didakwa melakukan khianat api hingga merosakkan rumah ibunya, Mariah Abdul Latif, 48, jam 1 petang di Lorong Chicha, Berek 12 pada 4 Mei lalu.


Gambar Hiasan

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara hingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh sebelum ini merayu hukuman ke atasnya diringankan, namun Pendakwa Raya Mohamad Nuzul Azuar Zulkifli memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira empat rekod lampau membabitkan ugutan, khianat dan dadah.

Berdasarkan fakta kes, berlaku pertengkaran antara dua beranak itu selepas ditegur ibu tertuduh menyuruh lelaki berkenaan mencari pekerjaan.


Kredit foto: Sinar Harian

Difahamkan, ibu tertuduh kemudian menghubungi bapa mangsa dan menyuruhnya pulang ke rumah sebelum masuk ke bilik untuk berehat kerana demam. Manakala, tertuduh keluar dari rumah.

Namun, mangsa kemudian terdengar suara anaknya membebel dan sebaik membuka pintu bilik, dia melihat ruang tamu dan dinding rumah sedang dijilat api.

Menurut jiran, dia melihat tertuduh keluar dari rumah dalam keadaan tergesa-gesa selepas kebakaran itu. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 8-5-2019 01:47 PM
Ok anak bertuah...
Quote 234126 8-5-2019 01:53 PM
29 tahun? If tak sebut umur iol ingat dah 35-37 tahun.  
Quote adik_aza 8-5-2019 01:54 PM
oklah sekarang ko bakar rumah mak ko .. nanti ko mati ko pulak kena bakar anak derhaka oiii
Quote Victorioussss 8-5-2019 01:59 PM
29 tp muke mcm 40. Dadah buat nampak tua
Quote sepiITUindah 8-5-2019 02:01 PM
bongok nya ler
  ko dapat penginapan percuma 6 tahun
abis mak bapak ko dok mana?
Quote sitaram 8-5-2019 02:02 PM
cari la kerja. kerja la yg wlok2 yang bermanfaat berfaedah

ni apa barang kerja jadi mod scan post orang hari2 kasi kredit tolak kredit

ntah apa2 ntah

kerja bodoh sangat la tersangat

betul2 kerja bodoh

Quote milanhawkin 8-5-2019 02:10 PM
so 1000 tu sapa yg bayar?
Quote top5complete 8-5-2019 02:15 PM
sitaram replied at 8-5-2019 01:54 PM
ni mesti mak suruh cari kerja, tapi si sial ni taknak kerja sebab nak tunggu 24jam kat forum cari na ...

ko ni dah kenapa budak? marah sangat dekat mod forum hahahaha
Quote mieymiey 8-5-2019 02:18 PM
Small small don't want to dead.
Quote sitaram 8-5-2019 02:32 PM
top5complete replied at 8-5-2019 02:15 PM
ko ni dah kenapa budak? marah sangat dekat mod forum hahahaha

mana ada amrah

kesian je

diperkudakan jaga forum

apa dapat??

apa??

seronok??

sebab kecik2 tak dapat jadi prefect jaga kelas dah besar jadi jaga forum pun kira dah ok??




Quote cikatilia 8-5-2019 02:48 PM
29?

dah mcm 40-an
dgn kurus kering comot
Quote Otaku85 8-5-2019 03:16 PM
Dah agak mmg kes di Kelantan
Quote uhuStic 8-5-2019 04:10 PM
bodoh punya mat pet. dari kecik sampai besar menyusahkan mak bapak
Quote ninja boy 8-5-2019 04:53 PM
Penagih dadah patut tembak mati ja jenayah semua pakej ada. Lagi mau bela panagih
Quote bakingsoda 8-5-2019 05:17 PM
bewak dah upgrade jd dragon? sampai terbakar rumah mak. dia ni patut diberi kerja tapi duduk dalam penjara, kerja tak siap jgn bagi makan.
Quote GigaMom 9-5-2019 10:21 AM
bakingsoda replied at 8-5-2019 05:17 PM
bewak dah upgrade jd dragon? sampai terbakar rumah mak. dia ni patut diberi kerja tapi duduk dalam p ...

Btl
Bukan duk penjara serupa g berehat perabih duit cukai rakyat kan
X dak beza Kat rumah
Duk penjara bagi kerja bawah matahari
Kerja x siap x ckup utk beli mknn jgn bagi
Bagi sedsr sikit hdup d dunia ni x dak yg free
Quote Simunggu 9-5-2019 10:35 AM
ada juga manusia kurang 10cen mcm ni...nampak ja sehat...
Quote lilbub 5-8-2019 03:26 PM
Dah la pemalas. Pergi bakar rumah ibu pulak. Ni la orang cakap marahkan nyamuk kelambu di bakar. Lepas ni sekali dengan dia tido merempat tepi jalan.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.053114 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top