Seiring dengan perkembangan teknologi, telefon pintar yang telah dimuatnaik dengan aplikasi tertentu kini mampu memastikan arah kiblat dengan tepat bagi individu yang beragama Islam. Namun begitu, lain pula halnya yang dialami oleh saudara Mohd Firdaus baru-baru ini.
Menurut perkongsian beliau di laman sosial yang telah dikongsi sebanyak 10k, setelah berpindah ke sebuah rumah bersama keluarganya sejak 4 tahun lepas, beliau telah menyemak arah kiblat menggunakan sebuah aplikasi yang dimuat naik ke telefon bimbitnya. Selepas beberapa ketika, beliau terdetik untuk menyemak semula arah kiblat menggunakan aplikasi yang sama dan hasilnya berbeza. Beliau amat terkejut dan terus menggunakan telefon pintar milik isteri dengan menggunakan aplikasi semak kiblat yang lain dan hasilnya tetap menunjukkan arah kiblat selama ini salah.
Selepas 3 bulan, beliau menyemak kembali dengan aplikasi yang sama dan hasilnya masih sama. Bingung dengan keadaan itu beliau terus menelefon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk pengesahan kiblat yang betul. Pihak JAKIM telah menyarankan beliau menggunakan khidmat pengesahan kiblat dari Persatuan Ahli Falaq Negeri Selangor.
Menurut Tuan Ridhuan, ahli falak yang memberi servis ini, beliau melakukan khidmat pengesahan kiblat ini secara separuh masa. Harga perkhidmatan bagi satu sticker kiblat bernilai RM50 dan bagi setiap sticker kiblat tambahan, caj RM10 dikenakan.Permintaan perkhidmatan ini amat tinggi dan sekiranya ada individu lain yang berminat untuk menjadi ahli falak adalah sangat dialu-alukan. Menurut Mohd Firdaus lagi, mungkin aplikasi yang selama ini kita gunakan betul, tapi tidak salah untuk kita menggunakan perkhidmatan ahli falak ini untuk memastikan kiblat kita adalah tepat. Pada netizen yang berminat mendapatkan khidmat pengesahan kiblat atau berminat untuk menjadi ahli falak, bolehlah terus menghubungi Tuan Ridhuan. Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Apa pula pendapat anda? - CARI |
pearl.silver replied at 8-5-2019 01:10 PM
I guna macam2 apps nk cek kiblat.. Lat sekali guna qiblafinder tu
lkick2113 replied at 8-5-2019 02:07 PM
Ostad pesan dulu kalau nak solat kena pi mesjid, kat rumah tak boleh
Betul tak pendakwah bebas @ ...
sitaram replied at 8-5-2019 02:11 PM
maideen tu yg bini mintak cerai sebab 24jam berforum pastu nafkah anak2 semua bekas bini dia yg ta ...
pearl.silver: I guna macam2 apps nk cek kiblat.. Lat sekali guna qiblafinder tu
ADVERTISEMENT